"Menambah sahabat...moga persahabatan menambah manfaat yang berpanjangan..menguatkan tali ukhuwah walaupun tidak seagama...siapapun anda..saya cuba menjadi sahabat yang baik...moga melalui ini kita mampu saling menghormati sesama kaum baik lelaki atau wanita, baik islam atau bukan islam, apa pun latar belakang hidup anda...kita sama - sama penghuni dunia....saya punya kekurangan anda punya kelebihan...perkongsian ilmu moga sama2 berada di landasan yang benar"
Islamic Widget
Ahad, 25 Julai 2010
Kenapa Tak Rogol Saya..? ( Sumbangan Rakan Sekerja )
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
Selasa, 20 Julai 2010
Pengorbanan Umat Islam..? Rachel Corrie Sebagai Cerminan Umat Islam..
Sumbangan Rakan Sekerja..
Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...
Ni cerita asal usul nama kapal berkenan....
Perjuangan Sedunia untuk Palestin
Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).
Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.
Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.
Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Sebelum dilanggar
Selepas dilanggar
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.
SERUAN DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Jumaat, 16 Julai 2010
Catatan Ku..Tepat & Berkat..
..Serasi dalam mencari pasangan satu nukilan…
“Saya tidak sepadan dengan dia, dia anak imam..saya pemabuk…saya tidak sepadan dengannya..dia berpangkat tinggi…nanti anak kami bodoh ikut kebodohan saya kerana saya tidak berpelajaran tinggi…dia cantik..saya hodoh..dia kaya..saya miskin…”….ayat – ayat ini sangat biasa saya dengar apabila kawan – kawan mengajukan persoalan jodoh kepada saya…saya hanya mampu menetapkan lurusnya niat jauh didalam rahsia Allah, sedang hati menguatkan doa dan menjadi zikir setiap hari…PERCAYALA..APA YANG ADA DI GENGGAMAN ALLAH LEBIH TEPAT..SEMPURNA DAN BERKAT…ini yang saya selalu bisikan ke hati saya sendiri..bagi memenangkan iman dan berusaha mengalahkan syaitan…Pasangan hidup bukan persoalan pilihan dan usaha yang ada ditangan manusia semata – mata…
Jauh dari itu…..PERCAYA…
Sepanjang saya merantau..sejauh umur saya kini, tiada jaminan saya adalah tepat bagi dia dan dia adalah yang paling tepat bagi saya..yang wajib dilakukan….1) sempurnakan usaha untuk bertemu pasangan hidup..2) Memperkuat doa bukan meminta yang kita pilih adalah yang tepat…TAPI MEMINTA KEPADA ALLAH DIBERI YANG TEPAT LAGI BERKAT DI SISI-NYA….3) Bersyukur…4) Sabar..5) Ikhlas..
Kenapa ya…???
Sebab usaha dan doa itu Wajib…tapi jarang yang sedar bahawa sebenarnya kita tidak semestinya mendapatkan apa yang kita usahakan…KERANA PERANCANGAN ALLAH TELAH MENDAHULUI PERANCANGAN MANUSIA….mempercayai dan mengharapkan apa yang ada ditangan kita akan tercapai..akan LEBIH MENGUNDANG DUKA DAN KEKECEWAAN….
Tahukah..???
Berapa ramai pasangan di luar sana yang berkenalan bertahun lamanya..namun hujungnya tidak terjadi sebarang ikatan walaupun ikatan pertunangan..tetapi..ada yang tidak pernah merancang sebarang pertemuan malah tidak menjangkakan pertemuan..namun terjadi pernikahan malah bahagia..dalam rahmat dan redha Allah…ada yang bertahun lamanya dalam pernikahan..diberi zuriat, rezeki yang melimpah..juga berlaku penceraian…
Timbul persoalan…DIMANA SILAPNYA….
1) Kita teralu meyakini apa yang diusahakan akan diperolehi…MENJADIKAN KITA MANUSIA SOMBONG SEOLAH – OLAH TIADA ALLAH YANG TELAH MEMPERLENGKAP KETETAPAN YANG TIADA SANGKAL..
2) Kurangnya doa…KITA MASIH MENGHARAPKAN TILIKAN DAN FIRASAT MANUSIA SEDANG MEMINTA KEPADA ALLAH SECARA TERUS AKAN MEMBERI JAWAPAN YANG LEBIH TEPAT LAGI SEMPURNA.. Malah ada yang melalaikan dan memperlekehkan KUASA ALLAH DALAM BERTEMU PASANGAN YANG TEPAT MELALUI DOA….
3) Tidak SABAR & Tidak BERSYUKUR….
Percaya atau Tidak….
Saya sudah menyaksikan usaha manusia yang bertahun lamanya mempertahankan ikatan KEKASIH tanpa ikatan pertunangan dan nikah..menemui kegagalan..saya telah menyaksikan betapa Usaha, Doa, Sabar dan Bersyukur itu..adalah UBAT MENGEKALKAN KESERASIAN BERSAMA PASANGAN….saya menyaksikan bahawa KEHEBATAN SABAR dalam melayani karenah pasangan juga mengekalkan ikatan. Pasangan yang saya maksudkan BUKAN BERAGAMA ISLAM…Dia telah Berjaya menjadi `kekasih’ kepada pasangannya hanya berbekal Sabar, Doa, Ikhlas menerima kekurangan pasangannya, dan Bersyukur…selalu dia mengatakan kepada saya…”Kakak mesti sabar, saya menjadi isteri kepada suami saya setelah saya dikhianatinya beberapa kali….saya dicuranginya berkali-kali…saya hanya genggam sabar itu sehingga sebati di hati…saya biarkan dia curang kerana saya yakin bahawa Tuhan itu tidak buta menyaksikan keikhlasan saya menerima dia…dia akan kembali kepada saya kalau Tuhan menetapkan dia jodoh saya…dia tetap jodoh saya….”..HEBATKAN…seorang yang bukan beragama Islam meletakkan kehebatan doa itu terpahat kuat mendahului usahanya..lebih hebat daripada seorang wanita islam / muslimah…saya akui saya tidak sekuat dia..saya masih merangkak untuk seperti dia…setiap hari saya melihat matanya menahan sebak dengan sikap suaminya yang marah-marah…walaupun suaminya tidak berpelajaran tinggi….tapi apa yang dia selalu katakan kepada saya…”Saya bersyukur kak..saya ada suami..dan saya yakin dia sayang saya..Cuma sikapnya saja yang begitu…”..HEBATKAN..kita..?..dia bukan seorang berusia daripada saya tetapi seorang ibu muda…kalau anda mengenalinya—pasti anda akan mengaguminya..PECAYALA..DIA BUKAN SEORANG IBU MUSLIM…tapi tindakannya dalam mengendalikan emosi ketika suaminya beremosi sangat membuat saya malu…saya akui saya tidak mampu…
Apa hikmahnya…
Siapapun pasangan anda sekarang….JANGAN TERLALU YAKIN…sebaliknya..perkuatkan doa dan sentiasalah memuhasabah diri…ADAKAH SAYA TELAH MENYEMPURNAKAN USAHA MENJADI PASANGAN YANG TERBAIK UNTUKNYA….???..dan berusahalah memperbesarkan kelebihan pasangan daripada menyebut – nyebut kekurangannya…ITU LEBIH MENPERKUAT RASA SYUKUR DAN MEMPERPANJANG REDHA DAN RAHMAT ALLAH….setiap saat pasangan melakukan kesilapan malah mengguris perasaan..PASTIKAN SAAT YANG KEDUA ANDA MEMAAFKANNYA…jangan anda menunggu saat yang ketiga untuk memberi maaf kepadanya…DIKHUATIRI SYAITAN LEBIH CEPAT MERASUK JIWA ANDA UNTUK MEMBENCI PASANGAN…Jangan sekali – kali membandingkan pasangan anda dengan yang lain…NANTINYA RASA SYUKUR MAKIN TERHAKIS..DAN RASA SOMBONG MENGATAKAN DIRI LEBIH BAIK AKAN MENGUNDANG MURKA ALLAH…Pernikahan itu suci dan luhur…jangan kotori dengan kesombongan hanya kerana anda memiliki pangkat, harta, atau nama yang lebih baik daripada apa yang ada pada pasangan anda…BELAJARLAH MALU KEPADA ALLAH…LUPAKAH ANDA..???..SEGALA SESUATU MILIK-NYA..JADI REZEKI MANA YANG ALLAH PINJAMKAN SELAYAKNYA KITA BANGGAKAN…???...SEKALI LAGI…MALULAH KEPADA ALLAH…Allah telah membuktikan bahawa pasangan yang dikatakan hina melahirkan anak – anak yang soleh dan solehah…dan tidak kurang pasangan yang beriman diuji dengan anak – anak daripada golongan pengamal maksiat…Ketika situasi seperti ini berlaku…GOLONGAN MANA LAGI YANG BERANI SOMBONG KEPADA ALLAH…????...Berusaha dan berusahalah…dengan penuh tawadhuk..segala sesuatu adalah milik-Nya..setelah berdoa penuh khusyuk, setelah bersabar membina tembok tabah..setelah menurunkan ego yang merantai sombong..maka bertawakallah..serahkan urusan jodoh anda kepada yang mengatur iaitu Allah..ALLAH TELAH ADA JAWAPANNYA…TUNGGU SAJA JAWAPAN DARIPADA ALLAH…DAN BERLAPANG DADA LA..APABILA JAWAPAN YANG DIBERI ALLAH TIDAK SAMA APA YANG ANDA HARAPKAN…KERANA ITULAH YANG TEPAT UNTUK ANDA…LEBIH ALLAH REDHA…DAN JANGAN SESEKALI KECEWA…
Sabtu, 10 Julai 2010
Untuk Renungan Suami / sumbangan rakan sekerja..
SUAMI MENIPU KERANA BIMBANG DIMARAHI ISTERI
ISU menipu di kalangan suami bukanlah suatu yang baru dalam kehidupan berumah tangga. Selalunya, isteri tidak sedar yang diri mereka ditipu ‘hidup-hidup’ oleh suami. Ini kerana si suami bijak bermain dengan kata-kata dan mencipta pelbagai alasan untuk meraih simpati. Tambahan pula, suami bijak berlakon untuk mengaburi mata isteri.
Percaya atau tidak, sikap suami yang gemar berbohong kepada isteri bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang. Apa yang pasti, adalah tidak wajar suami berbohong kepada isteri demi melindungi perbuatan mereka.
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, berkata menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik.
“Memetik hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ada tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Oleh itu, dapat kita lihat perbuatan menipu itu buruk kepada sesiapa saja dan tiada yang terkecuali walaupun ia dilakukan oleh suami,” katanya.
Beliau berkata, istilah ‘bohong sunat’ seakan menjadi jenama dan label yang ditonjolkan dalam masyarakat hari ini bagi menyelamatkan diri. Mereka yang mengamalkan ungkapan seperti ini seolah menghalalkan perkara yang haram.
Biasanya, suami gemar menggunakan istilah berkenaan dalam hubungan rumah tangga. Hakikatnya, istilah ‘bohong sunat’ tidak pernah ada dalam Islam kerana menipu hukumnya tetap haram.
“Menipu dalam Islam hanya diizinkan dalam tiga perkara saja dan amat terhad. Memetik Imam Ghazali dalam Mauizah Al Mukminin, penipuan hanya boleh dilakukan ketika peperangan, memulihkan hubungan persahabatan dan mendamaikan hubungan suami isteri yang bertelagah.
“Bagi menyelamatkan hubungan perkahwinan, suami wajar berbohong memandangkan perceraian adalah perkara yang tidak disukai oleh Islam. Namun, ia bukanlah satu tiket yang membolehkan suami menipu sewenangnya,” katanya.
Roslan berkata, masalah menipu adalah masalah psikologi dalaman yang dialami individu lantaran mereka dididik dengan moral yang begitu. Dalam hubungan ini, suami mungkin diajar menipu sejak kecil lagi oleh kedua ibu bapanya.
Selain itu, mereka menganggap unsur penipuan yang dilakukan menyeronokkan lantaran isteri tidak mengetahui perkara yang sebenarnya.
“Pendidikan awal daripada alam kanak-kanak penting untuk mengelak masalah penipuan ini tertanam dalam jiwa mereka. Walaupun perkara itu dianggap remeh antaranya untuk memujuk anak, cubalah elakkan. Lama kelamaan, anak-anak akan terbiasa menipu dan tingkah laku ini akan membawa sehingga mereka dewasa,” katanya.
Perbuatan isteri memeriksa dompet, telefon bimbit, baju dan diari bagi mengetahui kegiatan suami, adalah tidak wajar dilakukan. Dalam kebanyakan kes, tindakan berkenaan boleh mengeruhkan lagi hubungan rumah tangga.
Apa tidaknya, perasaan curiga akan timbul lalu menjadi punca yang membawa kepada salah faham dan penipuan lantaran suami bimbang dituduh menduakan isteri.
“Apa yang penting adalah sikap saling mempercayai dalam hubungan rumah tangga. Suami perlu menjadikan isteri mereka sebagai sahabat baik dan tidak merahsiakan sebarang perkara yang berlaku di luar pengetahuan isteri.
“Pasangan perlu mengamalkan komunikasi dua hala yang berkesan agar tidak mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan semua masalah dengan menipu. Isteri kini gemar meletakkan peratus atau angka untuk mempercayai suami. Sepatutnya, isteri perlu mempercayai suami mereka sepenuhnya.
“Namun, suami seharusnya tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan. Suami perlu jujur dan amanah dalam menjaga hubungan rumah tangga dan mengikut objektif perkahwinan yang digariskan dalam Islam,” katanya.
Jumaat, 9 Julai 2010
Ibuku Seorang Pembohong..?????../ sumbangan rakan kerja...
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda.. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.
Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa
sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami
semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran seringkali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya disana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; " Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.