'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan KeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .
Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Dzuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergegar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!