Islamic Widget

Selasa, 30 Ogos 2011

BAHTERA PENYELAMAT PENDAKWAH ( SIRI 1 )

BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH ( SIRI 1 )

( Sumber : Fathi Yakan ; 1996 )


Muqaddimah


Catatan ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya ( Fathi Yakan ) sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri – ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subahanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subahanahu wata’ala. Tulisan ini mengandungi 4 persoalan asas:-


PERTAMA:


Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih – lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subahanahu wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallahu’alaihi wasallam dan Al-Quran; sebagai perlembagaan. Serta ingin ‘commited’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut didalam hadith Rasulullah Sallahu’alaihi wasallam itu ialah :-


1. Orang Mu’min yang dengki kepadanya


2. Orang Munafiq yang membencinya


3. Orang kafir yang mahu memeranginya


4. Syaitan yang hendak menyesatkannya


5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya.


KEDUA:


Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat – sifat yang terkandung di dalam ayat suci:-


1. Orang yang sentiasa bertaubat


2. Orang yang ‘abid


3. Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subahanahu wata’ala


4. Orang yang berpuasa atau berkelana


5. Orang yang ruku’ dan sujud


6. Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang mungkar


7. Orang yang sentiasa menghormati batasan – batasan Allah Subahanahu Wata’ala.


KETIGA:


Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subahanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan – bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallahu’alaihi wasallam dengan sabdanya:-



1. Puasalah pada hari yang sangat panas demi hari kebangkitan kelak.


2. Sembahyang 2 rakaat di malam yang gelap demi kelengangan kubur


3. Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakn hal – hal yang sukar


4. Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dari memperkatakan yang bathil


5. Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap – senyap



KEEMPAT:


Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga – moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:-


1. Mengenal Allah Subahanahu Wata’ala dan beriman kepadanya


2. Beribadah kepada Allah Subahanahu Wata’ala dan cenderung kepada-Nya


3. Mengingati Allah Subahanahu Wata’ala


4. Takut kepada Allah S.W.T


5. Sentiasa bermuraqabah dengan Allah S.W.T


6. Ikhlas kepada Allah S.W.T


7. Redha


8. Mengasihi Rasulullah S.A.W


9. Mengasihi para sahabat Rasulullah S.A.W


Tujuan asas penulisan ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah untuk menegaskan bahawa para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat Rabbaniyyin. Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan Dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka dalam kerja – kerja penyampaian Dakwah telah mengurangkan ‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri.


Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain. Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa – apa.


Oleh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan, lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha – usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain.



Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan untuk menegakkan kebenaran Allah s.w.t dan menyebarkan panji Allah s.w.t bagi menegakkan Negara Al-Quran hendaklah menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Beliau berpesan:


“Wahai saudara, dirikanlah Negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara”.


Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar memberi taufiq dalam mengerjakannya. Disamping itu kita sentiasa beramal dan istiqomah dalam hidup. Allah s.w.t berfirman:-



“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha nescaya Allah s.w.t , Rasul-Nya dan orang – orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke ‘alam ghaib dan syahadah lalu Allah s.w.t menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan”.


( Surah Al- Taubah: Ayat 105 )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan