Islamic Widget

Selasa, 30 Ogos 2011

Salam Syawal Daripada Saya....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Salam renungan dan doa buat saudara seIslam yang berada di medan jihad. Salam rahmat yang melimpah bagi yang telah syahid, semoga kedatangan Syawal dan perginya Ramadhan menjadikan kita seluruh umat Islam semakin utuh dan kukuh lagi bersatu.Di jiwa penuh roh persaudaraan, di hati sarat doa memohon kebahagian sesama saudara, tiada perlakuan yang membuat kecil hati. Kitalah sesama saudara memahami. Tidak wajar wujud rajuk apabila salah ditegur, silap dibetulkan. Kita sama – sama menunjang akar ukhuwwah Islami menanam bibit Cinta Ilahi. "Selamat Tinggal Ramadhan yang telahku semai sepenuh Cinta kepada Allah tanpa sirna, bercahaya yang tidak kunjung malap. Selamat datang Syawal, hari kemenangan buat seluruh yang telah berjuang habis - habisan di Ramadhan Bulan Cinta ini. Kita semua berhak merebut Cinta Allah. Bersama - samalah kita merebut perhatian dan kasih – sayang Ilahi. Usah girang raya yang bertandang, kerana Ramadhan yang pergi mungkin adalah Ramadhan yang terakhir. Selawat dan salam buat Rasullullah pencetus cinta mencintai Allah. Merindui baginda bagai membenam pedang di ulu hati. Semoga kita tidak melupakan amanah baginda, "Solat...pelihara solat...wanita, lindungi kaum wanita...umatku – umatku”. Dengan tiga kalimah ini Rasulullah kembali menghadap Allah. Rasulullah tidak menyebut isteri atau harta baginda tetapi kita umatnya yang meniti terus – menerus di bibir Rasulullah sebelum baginda wafat. Semoga kita juga mencurah cinta yang sama malah lebih kepada baginda Rasullullah s.a.w. Hargailah Iman & Islam yang dianugerahkan Allah secara percuma. Sesungguhnya tiket ke Syurga Allah telah berada di tangan kita. Jadikanlah diri kita terus layak menduduki kediaman abadi itu. Bersungguh – sungguhlah memperbaiki kelemahan diri sehingga kita beroleh pengiktirafan Allah bahawa kita BENAR - BENAR HAMBA-NYA...aminnnn...Assalamualaikum..salam syawal..doakan saya selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan