Islamic Widget

Rabu, 18 Ogos 2010

Kenali Spesis Babi yang baru..betulkah nie..???..kita cari jawapannya bersama..

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria












http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.833

Khamis, 12 Ogos 2010

Catatan Ku..

7 Langkah Memperbaiki Diri...

1) Beribadahlah Dengan Benar & Istiqomah
2) Berakhlaklah dengan baik
3) Belajarlah tiada henti
4) Bekerja keras dengan cerdas
5) Bersahaja dalam hidup
6) Bantulah sesama
7) Bersihkan hati selalu
___________________________________________________________________ Jika Ingin Berubah....


1) Mulailah dari diri sendiri

2) Mulailah dari perkara yang kecil

3) Mulailah saat ini
___________________________________________________________________

"Puncak akal sesudah iman pada Allah pandai bergaul sesama manusia, dan berhubungan dengan mereka..dan tidak akan binasa orang yang suka bermesyuarah...dan tidak akan selamat orang yang hanya fanatik dengan pendapatnya sendiri..."

"Dan apabila Allah akan membinasakan seseorang, maka pertama yang akan dirosakkan cara berfikirnya,dan orang - orang yang baik di dunia ini, mereka pula orang - orang yang baik di akhirat, juga ahli munkar ( kejahatan ) di dunia ini, mereka juga yang celaka di akhirat."

"Sesungguhnya Allah Maha KASIH & LUNAK, dan Allah memberi hasil dari kelunakan dan ketenangan apa yang tidak tercapai dengan KEKERASAN & KEMARAHAN"

Catatan Ku...

Catatan ku..Izinkan Dosamu Berbicara..

Bersama mengenali CINTA & Keadilan Allah melalui rantaian dosa..

Saya percaya..ketika saya diciptakan..Allah telah menetapkan setiap inci hidup saya dengan pelbagai ketetapan yang saya sendiri tidak boleh pertikaikan, malah saya sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya…sebagai manusia biasa, saya tidak pernah terlepas daripada bertanya kepada Allah…” YA ALLAH, KENAPA ENGKAU TIDAK JADIKAN AKU SEPERTI ORANG LAIN YANG MUDAH MENDAPAT KEJAYAAN..tanpa usaha seberat yang saya lakukan..orang lain mampu mengecapi kebahagiaan, tanpa penderitaan mereka meraih keuntungan…tanpa ketaatan kepada-Mu mereka Engkau limpahkan rezeki yang mencurah – curah…tapi mengapa Engkau jadikan aku Berjaya selepas sejuta payah..mengapa bahagia itu datang ketika derita sudah terlalu memamah jiwa..malah hampir saja berputus asa..saya taat kepada-Mu ya Allah…tapi kenapa begitu sukar Engkau menghamparkan jalan – jalan mulus untuk saya kecapi segala yang dihajatkan….saya tidak pernah meminta lebih daripada apa yang saya perlukan …jauh sekali berniat melanggar hukum-Mu..tapi kenapa mereka yang setiap saat melaggar larangan-Mu dengan mudah Engkau bukakan pintu – pintu rezeki-Mu buat mereka….apa sebenarnya maksud-Mu ya Allah…kenapa Engkau jadikan pertentangan ini suatu ketetapan…lalu adil-Mu di mana ya Allah…..??? ”

Beristighfarlah….

Astaghfirullah hal azim..astaghfirullah hal azim..astaghfirullah hal azim…teruskan beristighfar sehingga anda habis membaca catatan ini…percayalah dihujung bacaan ini nanti…anda akan malu untuk berhenti beristighfar….YA ALLAH AMPUNI DOSAKU…TOLONG AMPUNI DOSAKU….

Mari kembali ke dalam diri…

Mencari keadilan Allah dengan melihat ke dalam diri sendiri akan mendekatkan kita kepada rasa malu terhadap kemurahan serta kasih sayang Allah yang tidak pernah putus – putus…malah menekan jiwa kita atas dosa yang dilempiaskan tanpa rasa malu kepada Allah yang menyaksikan…cuba sama – sama kita merenung sesaat yang lalu…pengabdian apakah yang telah kita buktikan kepada Allah…dan apa pula jenis maksiat dan dosa yang kita lakukan tanpa rasa segan silu walau sedikit pun….mari renung ke dalam diri…sesuap rezeki yang dimamah sedetik yang lalu..apakah telah diucap syukur kepada Allah…lihat ke dalam diri..di situ ada cinta Allah yang tidak pernah putus menghampar rezeki dalam lalai maksiat yang kita lakukan….renung ke dalam diri…sehela nafas buat kita bernyawa..dihirup tanpa syukur..malah dinikmati sambil melakukan maksiat dan dosa kepada Allah..ketika ini masih enggankah kita mengaku kepada Allah…KITA LAH MAKHLUK ALLAH YANG TIDAK TAHU MALU DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR.?? Sejauh hidup anda dan saya kini..sekerap mana kita menjerit ke dalam sanubari kita mengakui dosa yang dilakukan tanpa memohon ampun kepada Allah…malah kita terus mengeluh dan mengeluh….

Adakah segala ketentuan Allah itu punya makna..???

Apakah Allah menciptakan Syurga dan Neraka itu sekadar suka – suka…apakah Allah menciptakan kelemahan dan kekuatan itu tanpa alasan..apakah Allah menciptakan dosa dan pahala hanya untuk membuak rasa takut di jiwa manusia makhluk ciptaan-Nya…??? Untuk apa cinta..dan untuk apa Allah wujudkan benci…mengapa ada malaikat dan apa tujuan iblis dan syaitan diciptakan…kenapa Allah TIDAK terus ciptakan syurga tanpa neraka..menciptakan syukur tanpa kufur…agar semua manusia jadi umat yang patuh….persoalannya..semudah itukah untuk menjadi hamba Allah yang berkualiti di sisi-Nya.. “JANGANLAH DIKALANGAN KAMU MENGAKU BERIMAN SEBELUM DIUJI”..Kita cenderung untuk bermegah dengan sedikit ibadah yang dilakukan dengan riak..kita malah kelihatan bodoh melakukan penyembahan terhadap Allah yang dianggap hebat di mata manusia tetapi hakikatnya BOHONG di sisi Allah…aduh!!!!...betapa sakitnya ibadah yang dipandang DUSTA oleh Allah…lalu apa lagi yang tinggal untuk dipersembahkan kepada Allah sebagai bukti kecintaan dan pengabdian yang sesungguhnya kepada Allah….hari-hari kita membohongi Allah..malah detik demi detik kita dengan senang hati berbohong di hadapan Allah..berperilaku alim tetapi munafik..menipu diri sendiri..kononya ketaatan tapi hakikatnya..khianat…memperlihatkan raut wajah yang ikhlas lagi murni tapi di hati tidak lain hanya mengharapkan pujian..seolah – olah pujian itu akan membuatnya mulia dan lebih berharga…masih lagikah kita menganggap bahawa kita telah melakukan ketaatan yang sesungguhnya..sehingga tidak malu mempersoalkan keadilan Allah…inikah yang kita balas atas nikmat Allah sejauh usia kita kini…lalu kenapa sehingga di saat ini saya dan anda masih mempertikaikan keadilan Allah…Teruskan beristghfar..saya akan bongkarkan kesombongan kita bersama…biarkan Allah menyaksikan..sebagaimana Allah menyaksikan dosa yang kita lakukan selama ini tanpa sedar..agar kita tahu..dimana sebenarnya keadilan Allah yang setiap saat kita pertikaikan…

Derita itu tanda Allah sedang berbicara dengan mu…

Seringkali kita berdoa menghadapkan pengharapan agar Allah melepaskan atau meringankan derita yang sedang dialami..Cuba bayangkan sekiranya derita itu tidak diciptakan oleh Allah…tanya sejujurnya pada diri anda sendiri…”ADAKAH SAYA AKAN BERDOA JIKA TIDAK SEDANG DALAM KESUSAHAN..?”..mari kita Tanya diri..seberapa lama kita berada di atas tikar sejadah hanya untuk menyatakan syukur atas nikmat Allah selama ini..sehingga kini..???...ataukah kita hanya lebih lama di atas tikar sejadah apabila kita mengadu kepada Allah atas derita yang dihadapi…hinggakan kita menangis memohon pada Allah agar dicabut derita yang dianggap membebankan…sehingga pada satu tahap..kita akan menangisi derita itu walaupun di luar solat…jujur..kita akan lebih lama menangis di hadapan Allah bila mengalami derita berbanding ketika kita senang…cukup hanya dengan doa yang ringkas lagi tidak khusyuk…lihatlah betapa hipokritnya kita…masih lagikah kita berani mengatakan bahawa Allah tidak adil…???...mungkin..jika kita diberi peluang oleh Allah untuk mendengar terus kata – kata Allah atas sikap kita…boleh saja Allah mengatakan..”WAHAI MANUSIA..DARI BAHAGIAN MANA NIKMAT-KU LAGI YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN…???”…sekecil payah..sejuta tangis kita hadapkan kepada Allah..namun sejuta Nikmat..secebis syukur begitu perit untuk kita ucapkan di hadapan Allah…kenapa kita bersikap begini…apakah susah mengucapkan…“ALHAMDULILLAH…SEGALA PUJI BAGI-MU YA ALLAH..Engkau memberi aku nikmat sekian banyaknya…walau derita datang silih berganti…namun nikmat yang Engkau beri jauh lebih punya makna..dan derita yang Engkau hadirkan lebih mendekatkan daku pada-Mu”…kenapa kita tidak menghadapkan diri dan jiwa kita kepada Allah..lalu ucapkan.. “YA ALLAH..ANDAI NIKMAT ITU MEMBUATKAN AKU LALAI DARIPADA MENGINGAT-MU, MAKA ENGKAU CABUTLAH NIKMAT ITU KERANA ENGKAU TELAH CUKUP BUAT-KU..”..mengaku atau tidak..saya amat yakin anda dan saya jauh mengharapkan pahala ketika beribadah dan bukannya `CINTA ALLAH SEMATA – MATA”…seolah – olah tidak cukup lagi nikmat yang Allah beri selama ini…APAKAH SALAH MELAKUKAN IBADAH HANYA UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH…malah kita mula menghitung-hitung amalan..dan kemudian bangga…serta tidak segan mendabik dada..keluar daripada rumah laksana seorang alim yang tiada dosa…umpama seorang wali tanpa maksiat..yang dalam keadaan tidak sedar hatinya riak..dan telinganya liar mencari – cari pujian orang di sekitarnya..sehingga lupa menyingkap dosa – dosa yang dikerjakan melebihi amalan..JAUH SEKALI UNTUK BERSYUKUR..sekali lagi..APAKAH ANDA MASIH KURANG MALU MEMPERTIKAIKAN KEADILAN ALLAH..???...MASIH ADAKAH LAGI NIKMAT ALLAH YANG HENDAK KITA DUSTAKAN..???

(MienzMaWa80..)

Isnin, 2 Ogos 2010

SIAPA SEBENARNYA.."ADOLF HITLER"../..sumbangan rakan sekerja..

Subject: Adolf Hitler - Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi..saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

"Dalam Al-Quran,jelas mngatakan "YAHUDI LAKHNATTULLAH" malah pemimpin yang Nazi, yang kejam pun amat mengetahui perkara tersebut.Malah dia" HITLER " meninggalkan lagi saki baki puak Yahudi, untuk tontonan semua sekian.."

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler,pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara
Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2.Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah
untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera
beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet
kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera
Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran: bermaksud : "Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah..."

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan,kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera
German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini
ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.
Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan,sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang
khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

34035797.jpg34012927.jpg34143308.jpg34317612.jpg34081887.jpg34184924.jpg34755146.jpg

34432265.jpg

Inikah Yang Dikatakan..BALASAN../ sumbangan rakan sekerja..

IT HAPPENS TO A FRIEND OF MINE.
PLEASE READ...THIS IS A TRUE STORY. IT HAPPENS TO A FRIEND OF
MINE..PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA....

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita
secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru
mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis
dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan
lampau aku. Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun
dahulu. Pada
awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang
dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik,even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.
Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..

Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu,
memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa. Sambil ayu
menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni.
Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik
sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.
Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.
Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta
ayu di depan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi. Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar
ayu sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni
perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain, Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah. Menangis ayu
melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah.
Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant ? aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..terus ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku
dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas
ditinggalkan kekasih lama. oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.
Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas. ..Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada..Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat...tapi bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku...

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh
perit.. ya, kisah aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian.. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi memang aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup
aku, hidup family aku dan hidup insan lain..tak kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru..memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu..anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat
lelaki dewasa, takut,bingung,menangis..aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..

setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat
anak ku, minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarangmungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..anak ku juga tak berapa makan,kami risau die akan sakit..aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi. die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa
kelak..

jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada hubungi
sepupu die Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kes nya terkena
buatan orang..yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri ku. selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi family dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan. selepas beberapa
bulan berlalu, ada jejaka di kampung meminang ayu, tapi ayu menolak..ayu
jelaskan pada kay, die tak layak menerima pingangan dari jejaka itu kerana kisah
hitamnye..aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam. jejaka tu berang bile ayu menolak pinangan ..lepas tu hidup ayu terus
porak peranda.puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir.kay kata ayu terkena santau dari siam.siapa yang buat wallahualam..

selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup lain sekaligus..
mengenai anak ku ni, kejadian hitam yang berlaku atas kecuaian aku dan
isteri juga.sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji.selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. pelajar lain tidak hadir kerana masih yang belum pulang dari kampung beraya. masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk beraya.kalau aku periksa dulu dan hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu.tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa ? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2..aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat-laun kes ni pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain.. akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga..

aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau
sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak
kite pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard..tapi kite tak pernah pun amik tau siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan....salam