Islamic Widget

Selasa, 30 Ogos 2011

PERKONGSIAN ISU MURTAD

Salam, satu perkongsian yang perlu kita beriperhatian!
Zulkifli Noordin : Jika Tidak Dibendung, Ahli Keluarga Kita Bakal Murtad Kelak!
Ceramah Zul Kulim di perkarangan Masjid Shah Alam: 12 Ogos 2011
------------------------------------------------------------------------


Assalammu’alaikum para jemaah sekelian.

Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita. Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz NasruddinTantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan kafirun.


Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam [ NOTE : tapi sebenarnya kalangan org Islam yg lain pun dah banyak puak2 ini ]. Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri. Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita. Ada segelintir di kalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu dan buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.


Saya terlibat secara aktif dengan kes – kes murtad berbelas tahun dah. Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di Negara ini sudah berlangsung begitu lama. Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama di Negara ini dilantik, iaitu di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman. Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku seperti di gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.


Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini didokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.

Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok mengkristiankan anak-anak Melayu. Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi di sebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu. Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh, keluarga Aishah Berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapihanya sementara sahaja.


Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman RimbaTerjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia. Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia, sehingga kehari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.

Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy. Gereja tu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!

Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau. Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu. Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS Berjaya mengambil tindakan menyiasat dan mengenalpasti agenda dakyah kristian itu.


Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insy-Allah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat. Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitive telah pergi kebeberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah – risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.

Saya pernah Tanya anak – anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan penuh kepastian ianya komik kartun,.Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan. Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak – anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!


Digunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak – anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biadap, makin kurang ajar. Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam. Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama Negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istimewa dan tinggi agama Islam diletakkan di dalam perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan.


Parlimen digantung dan undang - undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh! Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena – mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena – mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.

Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa – apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli keluarga, anak isteri saudara yang terbabit kelak!

Ayah Aishah, Haji Bukhari; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad. Tetapi hakikatnya anak – anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary Kristianla’natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri.


Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!


Saudara para jemaah sekelian.


Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam dalam negarahari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, “pecahkan mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!”.


Saudara parajemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi, mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu di atas tali ALLAH.

Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita bersama-sama ketepikan sentiment politik, assobiyah kepartian. Marilah kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam. Kita bangsa dan umat yang punya satuTuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat.

ALLAH huakbar! ALLAH huakbar! ALLAH huakbar! Bangkit wahai umat Muhammad yang beragama Islam.
Wallahua’lam & Wassalam..

Salam Syawal Daripada Saya....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Salam renungan dan doa buat saudara seIslam yang berada di medan jihad. Salam rahmat yang melimpah bagi yang telah syahid, semoga kedatangan Syawal dan perginya Ramadhan menjadikan kita seluruh umat Islam semakin utuh dan kukuh lagi bersatu.Di jiwa penuh roh persaudaraan, di hati sarat doa memohon kebahagian sesama saudara, tiada perlakuan yang membuat kecil hati. Kitalah sesama saudara memahami. Tidak wajar wujud rajuk apabila salah ditegur, silap dibetulkan. Kita sama – sama menunjang akar ukhuwwah Islami menanam bibit Cinta Ilahi. "Selamat Tinggal Ramadhan yang telahku semai sepenuh Cinta kepada Allah tanpa sirna, bercahaya yang tidak kunjung malap. Selamat datang Syawal, hari kemenangan buat seluruh yang telah berjuang habis - habisan di Ramadhan Bulan Cinta ini. Kita semua berhak merebut Cinta Allah. Bersama - samalah kita merebut perhatian dan kasih – sayang Ilahi. Usah girang raya yang bertandang, kerana Ramadhan yang pergi mungkin adalah Ramadhan yang terakhir. Selawat dan salam buat Rasullullah pencetus cinta mencintai Allah. Merindui baginda bagai membenam pedang di ulu hati. Semoga kita tidak melupakan amanah baginda, "Solat...pelihara solat...wanita, lindungi kaum wanita...umatku – umatku”. Dengan tiga kalimah ini Rasulullah kembali menghadap Allah. Rasulullah tidak menyebut isteri atau harta baginda tetapi kita umatnya yang meniti terus – menerus di bibir Rasulullah sebelum baginda wafat. Semoga kita juga mencurah cinta yang sama malah lebih kepada baginda Rasullullah s.a.w. Hargailah Iman & Islam yang dianugerahkan Allah secara percuma. Sesungguhnya tiket ke Syurga Allah telah berada di tangan kita. Jadikanlah diri kita terus layak menduduki kediaman abadi itu. Bersungguh – sungguhlah memperbaiki kelemahan diri sehingga kita beroleh pengiktirafan Allah bahawa kita BENAR - BENAR HAMBA-NYA...aminnnn...Assalamualaikum..salam syawal..doakan saya selalu.

BAHTERA PENYELAMAT PENDAKWAH ( SIRI 1 )

BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH ( SIRI 1 )

( Sumber : Fathi Yakan ; 1996 )


Muqaddimah


Catatan ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya ( Fathi Yakan ) sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri – ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subahanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subahanahu wata’ala. Tulisan ini mengandungi 4 persoalan asas:-


PERTAMA:


Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih – lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subahanahu wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallahu’alaihi wasallam dan Al-Quran; sebagai perlembagaan. Serta ingin ‘commited’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut didalam hadith Rasulullah Sallahu’alaihi wasallam itu ialah :-


1. Orang Mu’min yang dengki kepadanya


2. Orang Munafiq yang membencinya


3. Orang kafir yang mahu memeranginya


4. Syaitan yang hendak menyesatkannya


5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya.


KEDUA:


Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat – sifat yang terkandung di dalam ayat suci:-


1. Orang yang sentiasa bertaubat


2. Orang yang ‘abid


3. Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subahanahu wata’ala


4. Orang yang berpuasa atau berkelana


5. Orang yang ruku’ dan sujud


6. Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang mungkar


7. Orang yang sentiasa menghormati batasan – batasan Allah Subahanahu Wata’ala.


KETIGA:


Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subahanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan – bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallahu’alaihi wasallam dengan sabdanya:-



1. Puasalah pada hari yang sangat panas demi hari kebangkitan kelak.


2. Sembahyang 2 rakaat di malam yang gelap demi kelengangan kubur


3. Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakn hal – hal yang sukar


4. Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dari memperkatakan yang bathil


5. Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap – senyap



KEEMPAT:


Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga – moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:-


1. Mengenal Allah Subahanahu Wata’ala dan beriman kepadanya


2. Beribadah kepada Allah Subahanahu Wata’ala dan cenderung kepada-Nya


3. Mengingati Allah Subahanahu Wata’ala


4. Takut kepada Allah S.W.T


5. Sentiasa bermuraqabah dengan Allah S.W.T


6. Ikhlas kepada Allah S.W.T


7. Redha


8. Mengasihi Rasulullah S.A.W


9. Mengasihi para sahabat Rasulullah S.A.W


Tujuan asas penulisan ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah untuk menegaskan bahawa para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat Rabbaniyyin. Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan Dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka dalam kerja – kerja penyampaian Dakwah telah mengurangkan ‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan dakwah itu sendiri.


Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain. Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa – apa.


Oleh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan, lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha – usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain.



Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan untuk menegakkan kebenaran Allah s.w.t dan menyebarkan panji Allah s.w.t bagi menegakkan Negara Al-Quran hendaklah menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Beliau berpesan:


“Wahai saudara, dirikanlah Negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara”.


Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar memberi taufiq dalam mengerjakannya. Disamping itu kita sentiasa beramal dan istiqomah dalam hidup. Allah s.w.t berfirman:-



“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha nescaya Allah s.w.t , Rasul-Nya dan orang – orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke ‘alam ghaib dan syahadah lalu Allah s.w.t menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan”.


( Surah Al- Taubah: Ayat 105 )