Islamic Widget

Sabtu, 16 Oktober 2010

"Tawakkal Kepada Allah"- Petikan daripada Peringatan Bagi Yang Lupa - Abullaits Assamarqandi


“Siapa yang ingin menjadi sekuat – kuat manusia, maka tawakkal berserah diri kepada Allah, dan siapa yang ingin menjadi semulia – mulia manusia, maka hendaklah bertaqwa kepada Allah, dan siapa yang ingin menjadi sekaya – kaya manusia, maka hendaknya lebih percaya kepada jaminan Allah lebih daripada percayanya terhadap apa yang ada di tangannya”

“Hai anakku, sungguh yang dapat dijadikan tanda adanya taqwa seseorang itu dengan tiga macam:

1. Baiknya tawakkal dalam apa yang belum tercapai

2. Redha menerima apa yang terjadi

3. Sabar menghadapi apa yang terlepas dari tangannya.”


“Ibnu Mas’uud r.a berkata: Andaikata ahli ilmu menjaga kehormatan ilmu dan mereka hanya memberikannya kepada yang berhak, pasti mereka mulia terhadap manusia di masanya, tetapi sayang mereka berikan kepada ahli dunia untuk mendapatkan dunia, maka hinalah mereka. Saya telah mendengar Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya:


Siapa yang membulatkan semua perhatian fikirannya ke satu ( iaitu urusan akhirat semata- mata ) maka Allah akan mencukupi baginya semua kepentingan dunianya, dan siapa yang sibuk dengan urusan dunia, maka Allah tidak hirau akan dibinasakan atau disiksa di lembah yang mana dalam api neraka”.


“Ali bin Abi Thalib r.a berkata - Sendi yang dapat menegakkan Islam itu ada empat :-

1. Yakin 2. Adil 3. Sabar 4. Jihad


Para ulama’ menafsirkan yang empat ini:


1. Yakin ada dua macam iaitu yang pertama beramal dengan ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan suatu kepentingan dunia atau pujian makhluk. Kedua, merasa tenang terhadap apa yang telah dijanjikan Allah iaitu mengenai rezeki.

2. Adil, juga ada dua macam iaitu yang pertama jika merasa mempunyai kewajiban maka segera dilaksanakan sebelum dituntut. Kedua jika merasa mempunyai hak, maka menuntut dengan lunak dan baik.

3. Sabar juga ada dua macam iaitu pertama, sabar menunaikan kewajiban dan kedua sabar menahan diri dari larangan Allah

4. Jihad juga ada dua macam iaitu yang petama jangan melupakan musuhmu iaitu Syaitan, sebab apabila kamu lengah ( lupa ) maka ia tidak lengah terhadap kamu. Kedua, kebanyakkan ujian anak adam mengenai harta, maka relakan dirimu dengan bahagian yang sederhana supaya kamu tidak tertipu olehnya.”


“Seorang Hakiem berkata: Sifat ( ciri khas ) untuk waliyullah itu ada tiga:


1. Percaya kepada Allah dalam segala sesuatu.

2. Berhajat kepada Allah dalam segala sesuatu

3. Kembali kepada Allah dalam segala sesuatu”


“Fudhail Bin Iyaadh berkata : Manusia yang lebih disuka oleh manusia, iaitu yang tidak berhajat dan tidak meminta kepada sesama manusia. Dan manusia yang sangat dibenci oleh manusia, iaitu orang yang berhajat dan meminta – minta kepada manusia. Dan orang yang dicintai Allah iaitu yang berhajat kepada Allah dan selalu meminta – minta kepada-Nya, dan orang yang sangat dibenci oleh Allah iaitu orang yang tidak berhajat dan tidak meminta kepada-Nya.”


“Luqman Al-Hakiem berpesan kepada puteranya sebelum beliau meninggal dunia:


Hai anakku, telah banyak yang aku wasiatkan kepada mu sampai kini, dan kini saya wasiatkan kepada kamu 6 macam wasiat yang mengandungi ilmu-ilmu orang – orang yang dahulu sampai pada orang – orang yang akhir iaitu:-


1. Jangan sibuk kepada dunia kecuali sekadar hajat sisa umurmu di dunia.

2. Sembahlah Tuhanmu menurut hajatmu kepada-Nya

3. Beramallah untuk akhirat menurut keinginanmu untuk tinggal di sana

4. Berusahalah untuk melepaskan dirimu dari api neraka selama belum yakin kau akan selamat daripadanya.

5. Sesuaikan keberanianmu berbuat maksiat dengan kekuatanmu menanggung siksa Allah.

6. Jika akan berbuat maksiat kepada Allah, maka carilah tempat yang tidak dilihat oleh Allah dan Malaikat-Nya.”


“Seorang Hakiem ditanya: Apakah perbedaan antara YAKIN dan TAWAKKAL ? Jawabnya:

YAKIN percaya kepada Allah dan segala amal yang menyampaikan ke akhirat.

TAWAKKAL iaitu percaya kepada Allah dalam semua usaha dunia.”


“Tawakkal ada dua macam:-

1. Tawakkal mengenai rezeki maka tidak boleh gelisah, risau di dalam hatinya.

2. Tawakkal mengenai pahala amal perbuatan, harus percaya dan tenang terhadap janji Allah, dan selalu khuatir terhadap amalnya kerana belum mengetahui apakah diterima atau tidak.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan