Islamic Widget

Khamis, 30 Jun 2011

MAK, AYAH & AKU...Catatanku...

Mak kata: “ Bersabarlah di manapun kau berada”.



Ayah kata: “Dunia ini tempat untuk bertanam – tanam, akhirat nanti barulah kita tuai hasilnya”.



Yang aku faham daripada apa yang mak dan ayah kata “Hidup ini adalah sebuah perjuangan”. Maka perlu berbekal Sabar seperti kata mak dan jadikan semuanya sebagai ladang menanam manfaat buat dituai di akhirat sebagai rahmat daripada Allah seperti kata ayah”.




Mak kata: “Amalkan Istighfar tidak kira duduk, baring, berjalan, atau sedang melakukan pekerjaan”.



Ayah kata: “Amalkan menyebut Lailahaillallah, zikirkan dalam hati. Jangan lalai daripada menyebutnya”.



Yang aku faham daripada apa yang mak dan ayah kata “Hidup ini adalah daripada Allah, kepada Allah, kerana Allah, dan untuk Allah”. Setiap saat memohon keampunan diatas keterlanjuran seperti kata mak, dan dalam masa yang sama menzahirkan rasa cinta kepada-Nya yang Maha pemurah seperti yang ayah kata.





Mak kata: “Cintailah Allah dan Rasul-Nya, cintamu tidak akan berbelah bahagi”.



Ayah kata: “Jagalah dan tegakkanlah Islam, nescaya Allah akan menjaga seluruh keperluanmu”.



Yang aku faham daripada apa yang mak dan ayah kata “Mujahadah, Jihad dan Dakwah mesti berterusan dimana dan apapun keadaannya”. Setiap langkah yang bermula dan setiap nafas pertama hendaklah untuk tiga perkara itu kalau benar cintakan Allah dan Rasul-Nya seperti kata mak, dan hendaklah menjaga niat setiap perlakuan hanya untuk menegakkan kebenaran Islam seperti kata ayah.




Mak Kata: “Belajarlah menjaga malu, kerana malu hanya satu. Sekiranya hilang, tidak akan dapat memperoleh malu yang lain”.



Ayah kata: “Jangan banyak ketawa, kerana ketawa itu mematikan hati”.



Yang aku faham daripada apa yang mak dan ayah kata “Tawadhu’ dan Zuhud itu kunci kejernihan peribadi”. Memelihara harga diri dengan berbekal malu akan mengangkat wibawa seseorang muslim seperti kata Ibu kerana orang lain tidak akan mudah memperlekeh keperibadiannya. Melalui itu juga akan terserlah rasa segan di kalangan hati orang – orang sekitarnya. Ilmunya juga akan terpelihara kerana diamnya yang bicara hanya perlu tanpa ketawa yang membuat hati jadi hitam, liat menerima cahaya hidayah serta hikmah yang memperindah peribadi seperti yang ayah maksudkan.




Mak Kata: “Sentiasalah berbuat kebaikan walaupun dibalas dengan kejahatan”.



Ayah kata: “Selalulah mengingati mati”



Yang aku faham daripada apa yang mak dan ayah kata “Lakukan yang terbaik kerana dunia adalah gelanggang ujian, dan akhirat adalah pentas keputusan, tiada yang kekal di dunia”. Tiada ruginya sekiranya setiap saat hidup ini hanya menabur kebaikan. Tiada kurangnya suatu kebaikan itu yang telah sampai kepada Allah sekalipun dibalas hinaan atau sebarang bentuk kejahatan. Apa salahnya kalau madu di balas dengan racun, bukan itu yang dipandang Allah, bukan banyak atau sedikit ringgit yang diperhitungkan Allah, tetapi kebaikan yang penuh ikhlas itu yang menjadi pemberat dipenilaian Allah walaupun sebesar zarah seperti yang dimaksudkan mak. Apa untungnya kejahatan dibalas dengan kejahatan ? Kemenangan apa yang diperolehi sekiranya kejahatan orang terhadap kita dapat dibalas dengan kejahatan ? Malah rugilah jika kebaikan yang telah disemai lalu dibalas dengan kejahatan dan kita merasa kecewa dengan kebaikan yang telah kita beri. Adakah kebaikan yang dilakukan itu “kerana manusia atau untuk mencari redha manusia ?” atau “Semata – mata mencari redha dan kasih – sayang Allah ?”. Bukankah kita akan mati, dunia mana yang adil ? Siapa yang adil di dunia ini ? Tiada yang dapat menandingi keMaha Adilan Allah yang bukan di dunia dipertontonkan, tetapi di akhirat nanti. Hari dimana semua kejahatan diperlihatkan, waktu dimana pahala memainkan peranan, saat dimana Ikhlas dan sabar menjadi payung bagi orang – orang yang ketika di dunia menabur kebaikan tanpa hitung. Itulah yang dimaksudkan ayah, ingatlah mati dan persiapkan bekal menghadapi kehidupan yang tiada penghujung. Bekal yang terbaik adalah kebaikan yang ditabur dengan penuh ikhlas seperti yang mak kata.




Mak kata: “Apabila mak telah tiada, jagalah persaudaraan kamu sesama adik- beradik”



Ayah kata: “Apabila ayah telah tiada, seluruh peninggalan ayah adalah sebagai kenangan buat kamu anak – anakku dan juga seluruh keturunanku”.



“Untuk yang ini, aku sangat faham tetapi aku sangat tidak dapat berkata apa – apa. Cuma yang menjadi renunganku, aku masih tidak mampu untuk kehilangan mereka dan seluruh pengalaman hidup yang mereka telah lalui. Seluruh kasih – sayang yang dicurahkan dan jutaan pengorbanan yang tidak terhitung tanpa ada terima kasih dariku. Jika ku berpeluang, ingin saja aku gantikan nyawaku buat mak dan ayah. Sungguh, aku tidak mampu kehilangan mereka..…”

Rabu, 29 Jun 2011

Rejab Bulan Cinta..Catatanku..

Dan apabila Rejab, Bulan Allah datang aku mula berazam mempersiap senjata cinta untuk ku persembahkan kepada kekasih abadi. Sekalipun malu mempertaruhkan ibadah zikir yang sejenak, menghias sedikit solat sunat yang masih hambar, aku tetap mahu menunjukkan pada-Nya, dengan harapan dapat meraih perhatian-Nya semula.



Hari berganti hari, aku mula diajak-Nya berbicara tentang nikmat, aku mula merasa lega kerana ku rasa Dia mula memberi perhatian padaku. Ketika memandu ke tempat kerja, Dia membisikkan kata – kata harapan bahawa Dia sentiasa menjaga keselamatanku dan melindungiku di manapun ku berada. Ketika aku mula membaca “Bismillah”, “Dengan nama-Mu kekasihku”, Dia dengan segera membalasnya “Di sini Aku, di sini sangat dekat dengan mu”. Subahanallah hati berbunga-bunga tika cinta disambut mesra tanpa lewat sesaat.


Menyingkap tabir Qiam, ku mulakan kata maaf pada-Nya, seperti sebelumnya Dia segera menyambut tadahan doaku lalu berbisik lembut “Aku Sentiasa Memaafkan mu, apapun kesalahan juga dosamu”. Mendegarkan itu, aku tidak dapat meneruskan bacaan ayat – ayat cinta-Nya daripada kitab Suci tinggalan Rasul-Nya, merasakan Dia menyindir kecurangan ku untuk beberapa bulan lamanya. Aku terkedu, malu rasa terpukul dengan kesetiaan yang diberi-Nya. Aku tidak sesetia-Nya..tidak pernah. Namun Dia pantas memahami rajuk ku, memahami ada sedikit rasa kecil hatiku. “Berhentilah menangis, bukankah rahmat dan kasih sayang Ku meliputi luasnya langit dan bumi, lalu apa lagi yang kau perlu tangisi” pujuk-Nya. Aku tersenyum, ku sangkakan Dia benar – benar marah padaku.


Tiap langkah Rejab ini, aku bagaikan berjalan di atas awan. Cinta-Nya penuh di dada, sesak tetapi mendamaikan sehingga aku tidak merasa sakitnya hinaan daripada sekeliling. Aku menyanyikan dan menyebut – nyebut nama-Nya semahuku. Engkau Kekasih Ku..Engkau Kekasih Ku..lagi dan lagi dan lagi…Telinga ku rasakan tidak mendengar kecuali bisikan-Nya yang berulang – ulang “Dari Nikmat Ku Yang Mana Lagi Hendak Kau Dustakan”.


Rejab begitu pantas berlalu, bulan madu bersama-Nya kian berakhir. Apakah ada Rejab lagi buat ku di tahun hadapan ? Aku tetap mencintai-Mu sekalipun tiada lagi pertemuan selepas ini. Aku tidak perlu merasai nikmat pemberian-Mu sebagai bukti cinta, cukuplah Engkau bagiku..TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU…Engkaulah Pencinta yang mencintai tanpa dipinta..menemani tanpa jemu…setia walau dicurangi…

PERINGATAN PENTING UNTUK UMAT ISLAM ( Sumber : Rakan Sekerja )

KEPADA RAKAN2 SAYA YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA..
by Afendi Marine on Sunday, March 20, 2011 at 7:15pm

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi
apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak,
tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat
kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC
itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong
penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka
sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua
ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan
lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa
pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta
15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan
Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini
apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan
cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18
tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak
ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita
tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti
agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta
di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak
perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia
tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu
juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang
bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah
dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita.
Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah
kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah,
maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya,
perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan
kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan
anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain
daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam
bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti
kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli
politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah
terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas
dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat
Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata
seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum
dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka
Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang
merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat
yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.
Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang
berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali
kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam
perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn
Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA..KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Di Hujung Pedang Syuhada..catatanku..

( 26HB JUN 2011 / 9.35 MLM )


Warna percikan darah syuhada masih jelas tersisa nun jauh dibelahan sejarah. Ketika Khalid Al- Walid melaung Takbir menyebut kalimah keramat Allahu Akhbar!!!..Tanpa kerdip mata, ditebasnya semua leher – leher petualang. Kibasan pedang sudah tidak lagi mengenal manusia, yang tumbang semuanya durjana pengkhianat agama. Hati mula bertanya, “Kenapa aku tidak di situ, sekalipun hanya menyediakan secawan air buatnya yang pulang dari berjuang. Kenapa aku tidak di situ, sekurang – kurangnya menghidu darah Syuhada, pembela agama”. Seketika aku bersandar, mata ku pejam rapat, tetapi dari jauh ku dengar jelas langkah kuda para pahlawan agama. Di sana ada Salahuddin Al – Ayyubi, pedang yang tidak pernah terlepas daripada genggaman siap untuk melenyapkan semua yang berdarah kuffar. Malamnya akan semakin indah andai esok adalah hari pertempurannya bersama kaum kafir. “Ya Allah, kenapa aku tidak di situ, sekurang – kurangnya bersama melaung takbir buat menggugat hati kaum yang ingkar kepada-Mu”.


Sesak rasanya nafas apabila mengenang nasib diri yang hidup di zaman ini. Kalau dulu teriakan umat Islam yang teraniaya, tidak akan terbiar kerana Umar Al-Khattab bersama kaum muslimin siap mengatur serangan. Hari ini, di zaman ku ini, jutaan rakyat Palestin terkorban tanpa pembelaan. Sedangkan umat Islam lain sedang tertawa meni’mati kebahagiaan yang dipinjamkan Allah. Remaja semakin asyik mendendangkan lagu maksiat, dosa dirasakan suatu keperluan. Agama dianggap penghambat kemajuan. Mereka semakin lena, sedangkan kaum yang merencana konspirasi menghancurkan akhlak umat Islam semakin bangga bertepuk tangan. Aku teringat kata – kata Louis The 9 – “Jangan kau perangi Umat Islam di medan pertempuran, kelak kamu akan kalah. Umat Islam tidak akan takut berjihad kerana mereka punya ganjaran SYAHID. Untuk itu hendaklah kamu hapuskan umat Islam dengan merosakkan KAUM PEMUDA mereka, kerana dari situ mereka tidak punya kekuatan pemuda untuk berjuang di saat kita mula menyerang secara bersenjata. Lemahkan pemuda Islam dengan suntikan hiburan yang melalaikan agar mereka tidak lagi melihat Jihad satu kewajipan, senang – senangkan mereka dengan wanita agar mereka semakin sayang untuk pergi berjuang”.


Cerita peribadi para Muslimah di zaman kebangkitan Islam ku buka, hatiku menangis mengenang syahidnya Zainab puteri Rasulullah di medan juang. Tidak hanya dia saja yang syahid di hujung pedang kaum kuffar, malah anak dalam kandungannya juga syahid bersama. Pedang yang terhunus menembusi belakang Zainab, membuat aku turut merasa pedihnya, sehingga kini. “Untuk Islam demi Islam kerana Allah”, itulah yang mungkin ada di hatinya pada ketika itu. Bukan syurga jadi rayuan malah tidak neraka yang ditakutkan. “Hanya Allah dan Untuk Allah”. Aku yakin dia hanya mahu Cintanya terhadap agama dibuktikannya di hadapan Tuhan-nya. Aku yakin dia hanya mahu pengiktirafan daripada Allah, “Zainab adalah hamba Allah yang sempurna ruku’ dan sujudnya”. Hati ku kata begitu.


Kembali ku kenang dan ku himpun semua para syuhada, aku mula mencari – cari tempatku disisi Tuhanku, Allah seru sekalian alam. Kalau hari ini jutaan rakyat palestin telah terkorban sejak 60 tahun dahulu, maka merekalah umat Islam pada zaman ini yang layak menduduki syurga Allah. Aku di mana agaknya? Mungkin tiada syurga bagi ku malah hanya murka Allah yang bertubi – tubi menghentamku. Tidak kerana kelalaian ku untuk turun ke medan juang, tetapi tawaku yang sejenak di tengah – tengah tangis derita saudaraku di Palestin. Alangkah ruginya aku kerana tawa yang sejenak itu telah menyemarak rasa benci Tuhanku, malah membuat-Nya berpaling jauh daripada ku. Untuk apa tawaku itu? Hanya menunjukkan kebodohanku di hadapan Tuhanku. Aku sedar umat Islam Palestinlah yang kini menjadi tumpuan kasih sayang Allah. Bukan aku. Umat Islam Palestinlah yang masih menggengam bayang pedang – pedang para pahlawan agama yang lalu, sampai kiamat berlaku. Lalu di mana agaknya posisi syahid itu untuk muslimah lalai sepertiku..???



ISRA' & MI'RAJ ( Sumber : Rakan Sepejabat )

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101).


Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428x10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA)


"Dan ini jalanKu yg lurus, kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yg lain), nanti kamu berpecah dari jalanNya ....." (Al-An'aam:153)


Peristiwa Israk Mikraj



(29 Jun 2011, bersamaan 27 rejab 1432)



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.




2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:




i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.



ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah



iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


i. Langit Pertama:



Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.



ii. Langit Kedua:


Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.



iii. Langit Ketiga:



Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


iv. Langit Keempat:


Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


v. Langit Kelima:


Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam:


Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.



vii. Langit Ketujuh:



Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).



viii. Tangga Kelapan:



Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.



xiv. Tangga Kesembilan:



Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.



x. Tangga Kesepuluh:



Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.



Rasulullah : Labbaika.



Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.



Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.



Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.



4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)



Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..




Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Sabtu, 18 Jun 2011

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

[ sumber: zharifjenn ]

"
Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqPRyeooakzn1bePpScwBO7aewRQWkEHAq5nIrwecJpd2hjS1MRTkOMbsgaPPHZYGnUXc0xysJZnXTfUt35m0-O-C_msCzOaQSpacgVjkgRP-nPQ_U3bIdXo-QxcCUz4ysvoxbWzmAPw53/s320/kaki+berlumpur.jpg


Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/85471/85471,1183626354,15/stock-photo-a-man-holding-a-lamp-in-the-evening-3673173.jpg


Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab

http://www.redicecreations.com/specialreports/2006/01jan/devil.jpg


"Aku adalah IBLIS"

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulan
g ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat....'

GAMES MENGHINA ISLAM..JAGA ANAK-ANAK KITA


[ Sumber: Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal ]

Devil May Cry 3


Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.







Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".






Clive Barker Undying




Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.





Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Zack And Wiki




Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes




Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

Stronghold Crusader




Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

Guitar Hero 3 Legends Of Rock




Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.






Resident Evil 4




Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.







Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.



Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.




Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

DAGING PULAK YANG TIRUAN...

China ni memang terer… Lepas ni apa pulak nak kena tiru

Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah depa ni dok pandai buat daging lembu tiruan jugak. Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI! Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu. Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Anda tentukan. [ Sumber: mediamalaya.com Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, ROZIYATI ROSLI Bahagian Pembangunan Fasiliti Jabatan Penyiaran Malaysia No. Tel. : 03 22887197 No. Fax. : 03 22843975 ]

Catatan ku...Semoga perpisahan tidak memutuskan silaturrahim..

Aku ingin berkongsi sedikit catatanku ketika saat - saat perpisahanku dengan rakan - rakan sepejabat cawangan Bintulu Sarawak...semoga pembaca mempelajari sesuatu...Nota nie aku tulis dan ku berikan kepada setiap mereka termasuk boss ku...ini notanya...

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

DENGAN NAMA TUHAN….( TOLONG BACA YA…)

AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN…ATAU DENGAN CARA APA….CUMA SEDIKIT YANG AKU INGIN KONGSI KEPADA MU…."SIAPA AKU…DAN SIAPA KAU DI HATIKU…."

KADANG –KADANG KITA BERDUA KELIRU…SIKAPMU..ADAKALANYA AKU TIDAK FAHAM..APA LAGI SIKAPKU..KAU LAGI TAK FAHAM….

SEBENARNYA…

SETIAP PAGI AKU DATANG OPIS…DENGAN UCAPAN….

“SELAMAT PAGI…ASSALAMUALAIKUM…GOOD MORNING…”

YANG BAGIKU SEMUANYA MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA…”SELAMAT SEJAHTERA KE ATASMU”..ADALAH SATU UCAPAN DOA DARIKU..IKHLAS…DAN BETUL-BETUL TULUS…BUKAN MAIN – MAIN…AKU MAHU KAU BAHAGIA…BEKERJA PENUH SEMANGAT…SEPERTI TIDAK ADA MASALAH YANG MENCENGKAM…AKU MAHU KAU RASA BAGAIMANA SERONOKNYA AKU BERKERJA BERSAMAMU…

KADANG - KALA…AKU SENGAJA BUAT KAU MARAH…KERANA PERSAHABATAN ITU TIDAK HANYA DENGAN TAWA…

PERSAHABATAN BAGIKU..BUKAN KERANA AKU MEMBUAT KAU SELESA DENGAN PUJIANKU TERHADAPMU…PERSAHABATAN BAGIKU…APABILA KAU MERASA SELAMAT BERSAMAKU..DAN MERASA TERBELA DENGAN KATA – KATA SEMANGAT YANG AKU BERIKAN PADAMU…..

SELALUNYA AKU KETAWA…BUKAN KERANA AKU TIDAK PERNAH BERDUKA APALAGI MENGANGGAP REMEH TUGAS YANG DIAMANAHKAN….SAAT AKU BEKERJA SAAT ITU JUGA INGATAN KEPADA IBU AYAHKU YANG SEDANG UZUR SELALU DATANG…DAN INGATAN ITU TIDAK PERNAH PUTUS…AKU RASA HAL ITU DARI DALAM….SAKIT…AKU TAHAN…SUPAYA KAU TIDAK MELIHATNYA…. AKU JARANG MENUNJUKKAN DUKA KU DI DEPAN MU KAN...KENAPA…???...KERANA AKU HANYA INGIN BERKONGSI SUKA DENGAN MU…BUKAN BERKONGSI DUKA KU…..

AKU SUKA BERTANYA MASALAHMU…BUKAN KERANA AKU SEMPURNA TANPA MASALAH…APALAGI CUBA MENCARI KEKURANGANMU…KADANG – KALA AKU BIAR KAU MENANGIS BERCERITA TENTANG MASALAHMU KEPADAKU..…AKU SUKA…WALAUPUN ITU BUKAN URUSANKU….KERANA BAGIKU PERSAHABATAN ITU MENYEMBUHKAN….DAN AKU MAHU KAU MERASA SEMBUH BILA MENANGIS BERSAMAKU….

AKU MENGAKU…JARANG AKU BELANJA KAU MAKAN ATAU TIDAK PERNAH LANGSUNG BELANJA KAU MAKAN….TAPI AKU SELALU MENDOAKAN AGAR KAU DAPAT REZEKI YANG BAGUS..LEBIH DARIPADA APA YANG AKU BOLEH BELANJA UNTUKMU…

BANYAK HAL YANG BUAT AKU DAN KAU BERSELISIH FAHAM….AKU SUKA..WALAUPUN KAU TIDAK SUKA…KERANA DARIPADA SITU AKU MENGENAL DIRIMU YANG SEBENARNYA…..ADA KETIKANYA…AKU MELIHAT KAU MULA MEMBENCIKU KERANA MUNGKIN SALAH FAHAM MU TERHADAP TEGURANKU….

KETAHUILAH…

SEDIKITPUN AKU TIDAK PERNAH MEMBENCIMU…TETAPI AKU KECEWA..KERANA KAU TIDAK CUBA MEMAHAMI TEGURANKU ITU…AKU TIDAK MAHU KAU MELAKUKAN PERKARA YANG SALAH…APALAGI MENGULANGI PERKARA YANG SALAH ITU BERULANG KALI…..KALAU BETUL AKU BENCI PADAMU..AKU AKAN BIAR KAU BERBUAT SALAH…SEHINGGA ORANG LAIN MELIHAT KESALAHANMU…ATAU AKU BUKA SEMUA KEKURANGAN DAN KESALAHAN MU YANG AKU TAHU…..ITU PUN KAU MASIH TIDAK FAHAM…ATAU BUAT TIDAK FAHAM….BAGIKU GEMBIRA SEORANG YANG BENAR – BENAR SAHABAT ITU APABILA MELIHAT SAHABATNYA MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL….DAN SEKALI – KALI TIDAK AKAN PERNAH MEMBUKA KEKURANGAN SAHABATNYA….

AKU MAHU KAU MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL….AKU MAHU KITA CEMERLANG BERSAMA….KITA MENANGIS BERSAMA…KITA BERJAYA BERSAMA…AKU AKAN MERASA SEDIH BILA KAU GAGAL SEDANGKAN AKU BERJAYA… AKU TIDAK KESAH KALAU KAU BERJAYA DISAAT AKU MENGALAMI KEGAGALAN……KENAPA..???..KERANA KEGEMBIRAANMU MENYEMBUHKAN KEGAGALANKU….AKU HANYA ADA SENYUMMU…UNTUK MENGUBAT DUKA KU DI SINI…

FAHAMILAH….

BAGIKU…KEJAYAAN KU DALAM SEHARI DI OPIS..APABILA AKU MELIHAT KAU GEMBIRA MELAKUKAN TUGASMU….DAN PALING AKU GEMBIRA…APABILA KAU MENDAPAT PUJIAN DAN KEJAYAAN ATAS USAHAMU…AKU TIDAK INGIN MELIHAT KAU GAGAL…SEDIKIT PUN AKU TIDAK MAHU KAU GAGAL….

BETAPA ISTIMEWANYA KAU DI HATIKU….SANGAT ISTIMEWA…KERANA AKU TIADA SESIAPA PUN DI SINI…DI BUMI SARAWAK INI..MELAINKAN KAU..DAN TUHANKU….

DARI ITU AKU MOHON…

JADILAH SAHABATKU SELAMANYA….

TIDAK BANYAK YANG AKU PINTA….HANYA SATU…

“TOLONG DOAKAN KEBAHAGIANKU…DI MANAPUN AKU BERADA…

….SAMPAI AKU MATI”…