( 26HB JUN 2011 / 9.35 MLM )
Warna percikan darah syuhada masih jelas tersisa nun jauh dibelahan sejarah. Ketika Khalid Al- Walid melaung Takbir menyebut kalimah keramat Allahu Akhbar!!!..Tanpa kerdip mata, ditebasnya semua leher – leher petualang. Kibasan pedang sudah tidak lagi mengenal manusia, yang tumbang semuanya durjana pengkhianat agama. Hati mula bertanya, “Kenapa aku tidak di situ, sekalipun hanya menyediakan secawan air buatnya yang pulang dari berjuang. Kenapa aku tidak di situ, sekurang – kurangnya menghidu darah Syuhada, pembela agama”. Seketika aku bersandar, mata ku pejam rapat, tetapi dari jauh ku dengar jelas langkah kuda para pahlawan agama. Di sana ada Salahuddin Al – Ayyubi, pedang yang tidak pernah terlepas daripada genggaman siap untuk melenyapkan semua yang berdarah kuffar. Malamnya akan semakin indah andai esok adalah hari pertempurannya bersama kaum kafir. “Ya Allah, kenapa aku tidak di situ, sekurang – kurangnya bersama melaung takbir buat menggugat hati kaum yang ingkar kepada-Mu”.
Sesak rasanya nafas apabila mengenang nasib diri yang hidup di zaman ini. Kalau dulu teriakan umat Islam yang teraniaya, tidak akan terbiar kerana Umar Al-Khattab bersama kaum muslimin siap mengatur serangan. Hari ini, di zaman ku ini, jutaan rakyat Palestin terkorban tanpa pembelaan. Sedangkan umat Islam lain sedang tertawa meni’mati kebahagiaan yang dipinjamkan Allah. Remaja semakin asyik mendendangkan lagu maksiat, dosa dirasakan suatu keperluan. Agama dianggap penghambat kemajuan. Mereka semakin lena, sedangkan kaum yang merencana konspirasi menghancurkan akhlak umat Islam semakin bangga bertepuk tangan. Aku teringat kata – kata Louis The 9 – “Jangan kau perangi Umat Islam di medan pertempuran, kelak kamu akan kalah. Umat Islam tidak akan takut berjihad kerana mereka punya ganjaran SYAHID. Untuk itu hendaklah kamu hapuskan umat Islam dengan merosakkan KAUM PEMUDA mereka, kerana dari situ mereka tidak punya kekuatan pemuda untuk berjuang di saat kita mula menyerang secara bersenjata. Lemahkan pemuda Islam dengan suntikan hiburan yang melalaikan agar mereka tidak lagi melihat Jihad satu kewajipan, senang – senangkan mereka dengan wanita agar mereka semakin sayang untuk pergi berjuang”.
Cerita peribadi para Muslimah di zaman kebangkitan Islam ku buka, hatiku menangis mengenang syahidnya Zainab puteri Rasulullah di medan juang. Tidak hanya dia saja yang syahid di hujung pedang kaum kuffar, malah anak dalam kandungannya juga syahid bersama. Pedang yang terhunus menembusi belakang Zainab, membuat aku turut merasa pedihnya, sehingga kini. “Untuk Islam demi Islam kerana Allah”, itulah yang mungkin ada di hatinya pada ketika itu. Bukan syurga jadi rayuan malah tidak neraka yang ditakutkan. “Hanya Allah dan Untuk Allah”. Aku yakin dia hanya mahu Cintanya terhadap agama dibuktikannya di hadapan Tuhan-nya. Aku yakin dia hanya mahu pengiktirafan daripada Allah, “Zainab adalah hamba Allah yang sempurna ruku’ dan sujudnya”. Hati ku kata begitu.
Kembali ku kenang dan ku himpun semua para syuhada, aku mula mencari – cari tempatku disisi Tuhanku, Allah seru sekalian alam. Kalau hari ini jutaan rakyat palestin telah terkorban sejak 60 tahun dahulu, maka merekalah umat Islam pada zaman ini yang layak menduduki syurga Allah. Aku di mana agaknya? Mungkin tiada syurga bagi ku malah hanya murka Allah yang bertubi – tubi menghentamku. Tidak kerana kelalaian ku untuk turun ke medan juang, tetapi tawaku yang sejenak di tengah – tengah tangis derita saudaraku di Palestin. Alangkah ruginya aku kerana tawa yang sejenak itu telah menyemarak rasa benci Tuhanku, malah membuat-Nya berpaling jauh daripada ku. Untuk apa tawaku itu? Hanya menunjukkan kebodohanku di hadapan Tuhanku. Aku sedar umat Islam Palestinlah yang kini menjadi tumpuan kasih sayang Allah. Bukan aku. Umat Islam Palestinlah yang masih menggengam bayang pedang – pedang para pahlawan agama yang lalu, sampai kiamat berlaku. Lalu di mana agaknya posisi syahid itu untuk muslimah lalai sepertiku..???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan