Islamic Widget

Khamis, 1 Disember 2011

Bahtera Penyelamat Pendakwah ( Siri 2 )

BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH (SIRI 2)

( Sumber : Fathi Yakan ; 1996 )

BAHAGIAN PERTAMA ( RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH )

Ketahuilah wahai saudaraku para juru pendakwah, sesungguhnya Allah s.w.t pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar - benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al-Quran dengan firman-Nya:

“Alif Lam Mim, adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang – orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang – orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang – orang yang dusta”

( Surah Al-‘Ankabut; 1 -3 )

Di dalam hadith dinyatakan:

“Orang yang paling berat dicuba ialah Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang paling baik selepas itu”.

“Sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu ( dengan berbagai – bagai cubaan ), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaan-Nya ( Allah s.w.t ) Barangsiapa yang benci ( marah ) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t.”

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti.Jalan perjuangan ( JIHAD ) adalah jalan yang panjang penuh derita dan sengsara.

“Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”

Dalam meniti liku dan lurah – lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah s.w.t, tidak berhubung terus dengan-Nya, tidak bertawakkal kepada-Nya, tidak berpegang kepada kitab-Nya dan tidak pula mengikuti Sunnah abi-Nya maka sebenarnya ia sedang berada diambang bencana dan musibah yang besar.

Rasulullah s.w.t telah meramalkan cabaran dan dugaan – dugaan yang dihadapi oleh para Mu’min, Da’ei dan Mujahidin di Jalan Allah s.w.t. Baginda bersabda:-

Orang Mu’min sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:-

1. Mu’min yang dengki padanya

2. Munafiq yang benci padanya

3. Kafir yang memeranginya

4. Syaitan yang menyesatkannya

5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari Hadith Anas dalam tajuk: Akhlaq Yang Luhur )

Dalam hadith ini Rasullullah s.a.w, telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu – waktu boleh menimpa para Da’ei supaya dapat berhati – hati dan bersiap sedia. Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian, mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.

Marilah kita melihat rintangan tersebut satu persatu, mengkaji betapa bahayanya dan betapa pula kesannya. Dengan itu dapat kita menemukan cara – cara yang boleh diikuti untuk melepaskan diri daripadanya.

Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang Mu’min. Maka di mana saja ia ditemui dialah yang berhak mengambilnya”.

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan