( SUMBER : SAHABAT )
Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat
Rasulullah SAW yangamat penyedih. Apabila beliau membaca
ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung.
Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.
Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan.
Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran
tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari
perjumpaan dengan Allah kelak.
Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya,
beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar:
"Letakkan pipiku di atastanah." Abdullah melarang dengan
lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan
membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak
peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku
tidak merahmati aku!"
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan
membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan
bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati
dan mengeruhkan kesuciannya. Rasulullah SAW suatu ketika
bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW
bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti
apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan
sedikit tertawa."
Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.
a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan
kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi
segumpal
darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging
selama 40 hari,
kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan
dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya
atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya,
sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga
tidak ada jarak
antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu
atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli
neraka maka
masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka
sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta.
Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun
mengerjakan amalan
ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli
syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa
menolong diri
sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas,
takut dan
harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis danmemohon
pertolongan-Nya.
b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.
Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai
helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi
kepergian
orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku,
isteri dan
saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang
menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu
terlalu sempit,
tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat
yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang
bukan senda
gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang
mengecutkan
hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku?
Di mana
sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti
aku daripada
kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan
kelembutan lidah
yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?
Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala,
di sebelah tangan,
di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih
di dunia. Mayat itu
menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia
tidak menangis ketika
bersimpuh di atas bumi?
c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang muflis di kalangan umatku ialah:
Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala
sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci
si polan, menuduh si
polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan.
Maka akan diberikan
kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala
kebaikan orang tadi
sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua
terbayar, maka
akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan
kepadanya dan dia
dicampakkan ke dalam neraka kerananya."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung,
jangan sibuk
menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita
tidak dapat
menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.
Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita
menangis supaya lembut
hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti?
Pada tengah malam yang
dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui
oleh manusia yang asyik
bermimpi, sujud dan doa yang panjang,
bacaan al-Quran dan zikrullah
juga istighfar.
Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan
sahabatnya serta
menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada
akhir zaman ini.
Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis,
solat dan zikrullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan