Islamic Widget

Khamis, 1 Disember 2011

TUNJUKKAN DI MANA TUHAN

Ada seorang pemuda yang telah sekian lama belajar mencari ilmu di luar negara, kembali ke kampung halaman di tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang Ustaz.

Pemuda : Anda siapa? Dan bolehkah anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan…… pertama; kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya. Kedua; apakah yang dinamakan takdir? Ketiga; kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa di masukkan ke neraka yang dibuat daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka mempunyai unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kasar.

Pemuda (sambil menahan sakit) : kenapa anda marah kepada saya?

Ustaz : Saya tidak marah….. tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja sakit rasanya.

Ustaz : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Ustaz : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Ustaz : Itulah jawapan pertanyaan pertama…… kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat daripada apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan