Islamic Widget

Sabtu, 26 November 2011

5 NASIHAT


  1. Apabila anda ingin menjadi orang yang berjaya dalam hidup anda, maka teruskan bersabar dalam memikul tanggungjawab anda. Hubungkanlah tali persaudaraan dengan ahli dan kerabat anda. Katakanlah kepada mereka kata-kata yang lembut dan jauhi daropada perkataan bohong (keji).

2.  Wahai manusia! Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Buatlah perkara-perkara baik dan jauhilah daripada segala keburukan. Sesungguhnya (identiti) sesuatu bangsa itu ialah akhlak mereka. Jagalah diri kamu dan keluarga kamu (daripada) api neraka.

  1. Wahai hamba-hamba  Allah! Takutilah Allah dalam keadaan sunyi atau terang. Bertaubatlah kepada-Nya dengan taubat nasuha. Ketahuilah bahawa Allah itu suka kepada orang-orang yang bertaubat, maka pohonlah keampunan kepadaNya. Juga…Allah suka kepada orang yang menyucikan diri, maka bertasbihlah kepadaNya.

  1. Wahai masa depan! Laksanakanlah tugas-tugasmu dan letakkannya di bawah perhatian utama kamu. Gerakkanlah lidah kamu dengan berzikir kepada Allah, nescaya hati kamu akan menjadi tenang. Tinggalkanlah perbuatan cela dan keji, nescaya hati kamu akan dapat bersatu.

5.   Wahai kedua oranr tuaku! Ajarkanlah daku akan kebaikan dan pandulah daku kepada kelepasan (keselamatan). Berilah makan kepadaku daripada rezeki yang halal. Didiklah daku dengan didikan yang baik. Pukullah daku dengan pukulan didikan dan latihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan