Islamic Widget

Ahad, 27 November 2011

Seorang Lelaki Dari Ahli Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu mereka yang bersembahyang bersama baginda bahawa sekejap lagi seorang lelaki dari kalangan ahli Syurga akan memasuki ke dalam masjid. Mereka semua tertunggu-tunggu lelaki tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan orang awam biasa memasuki masjid dan melakukan solat dan kemudiannya keluar.

Lantas berkata Abdullah bin Umar r.a. “Demi Allah aku akan mengekori lelaki ni dalam perjalanannya di jalan-jalan, ketika dia keluar rumah dan ketika dia pulang ke rumah… Aku akan engok apakah yang dia lakukan sehingga dia telah menjadi ahli Syurga”. Setelah mengekori lelaki tersebut, beliau dapati dia hanya seorang lelaki biasa. Dia tidak melakukan apa-apa kecuali seperti apa yang biasa dibuat oleh orang lain. Dia bekerja dan mengambil upahnya, kemudian pergi dan membeli makanannya. Selepas itu dia pulang ke rumahnya. Lantas Abdullah pun berkata: “Demi Allah! Aku akan bertandang ke rumahnya sebagai tetamu… aku akan lihat apa yang dia buat di rumahnya sehingga dia telah menjadi dari kalangan ahli Syurga.”

Setelah bertandang ke rumahnya dan tidur bersamanya selama tiga hari, Abdullah tidak nampak lelaki itu melakukan apa-apa yang lebih daripada apa yang dilakukan oleh orang islam lain. Dia hanya melakukan sembahyang pada waktunya dan membuat seperti apa yang dilakukan oleh orang lain. Dia tidur, dia jaga, kemudian dia mengambil makanannya, selepas itu pergi ke tempat kerjanya. Dia mengambil upahnya, kemudian pergi ke kedai dan membeli makanan. Kemudian dia pulang ke rumahnya. Maka Abdullah pun berkata selepas dia berasa hairan: “Aku mesti bertanya kepadanya tentang rahsia yang telah menjadikan beliau sebagai seorang ahli dari kalangan ahli Syurga.”

Setelah Abdulah bertanya, lelaki itu menjawab: “Ya! Aku tidak melakukan apa-apa dalam hidupku lebih daripada apa yang dilakukan oleh orang lain dalam hidup mereka.” Apabila Abdullah ingiin beredar dan meninggalkannya, lelaki tersebut menahannya dan berkata: “Tunggu! Di sana ada suatu perkara yang lain yang engkau tidak tahu. Aku tidak pernah memberitahumu tentangnya, iaitu sesungguhnya aku, setiap kali aku ingin masuk ke tempat tidurku untuk beradu, aku tidak akan membawa bersamaku dengki, hasad dan perasaan iri hati ataupun kebencian. Bahkan aku tidur setidur-tidurnya dalam keadaan aku telah membersihkan hatiku dengan manusia lain daripada sebarang permusuhan dan aku penuhkannya dengan kasih-sayang terhadap semua orang.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan