Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa mati dalam keadaan itu (percaya dan
berikrar dengan dua kalimah syahadah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat
dan berpuasa di bulan Ramadhan, dia bersama dengan nabi-nabi, siddiqin dan
syuhada' pada hari qiamat nanti dalam keadaan begini...(sambil menunjukkan dua
jarinya yang didempekkan, menjelaskan hampirnya hubungan orang yang berkenaan
dengan mereka itu) selagi dia tidak mendurhakai kedua ibu bapanya".
Jika dia
mendurhakai kedua ibu bapanya dia tidak mencapai martabat ini. Jika berbuat
demikian dia mesti minta ampun dengan kedua ibu bapanya. Jika kedua ibu bapanya
meninggal dunia, dia mesti beristighfar untuk kedua ibu bapanya dan berbuat
baik dengan kawan-kawan mereka. At-Tirmizi meriwayatkan dari Abu Said, sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Peniaga yang benar dan amanah bersama-sama dengan
nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat."
Ini adalah
kelebihan dan pahala yang diberikan kepada peniaga yang jujur dalam
perniagaannya. Bukan bererti peniaga yang jujur menanggung kerugian. Mereka
juga memperolehi keuntungan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat
kelak.Disebut di dalam kitab-kitab hadith bahawa Rasulullah s.a.w. telah
ditanya oleh seorang sahabat. Bagaimanakah kelebihan diperolehi jika seseorang
itu kasih kepada sesuatu kaum, padahal dia tidak pernah berjumpa dengannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dia
kasih."
Jika kasihnya ditumpahkan kepada
orang yang jahat, syaitan, dan taghut ia bersama dengan mereka dan begitulah
sebaliknya jika dia kasih kepada Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya dia akan
bersama dengan mereka.Allah menyebut di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang
bermaksud:
"Terdapat
di kalangan manusia orang-orang yang mengadakan tuhan-tuhan yang lain dari
Allah dan kasih kepada tuhan-tuhan itu sebagaimana dia kasih kepada Allah. Dan
orang-orang yang beriman itu sangat kasih kepada Allah." (Surah
al-Baqarah: 165)
Apabila
disebut hadith yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang
dikasihi,"
Anas bin Malik berkata hadith ini menggembirakan
orang-orang yang beriman.
Tafsir Al Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa'
ayat 67
Tiada ulasan:
Catat Ulasan