Rasulullah
s.a.w. terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu
oleh Jibrail bahawa ada umatnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat
nanti. Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa
ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal
menjadi penghuni neraka. Begitu cintanya Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
Diriwayatkan
daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril
datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah. Kemudian Rasulullah
bertanya: “Mengapa aku melihat kau berubah muka? Jawabnya: “Ya Muhammad, aku
datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka.
Maka, tidak layk bagi orang yang mengetahui neraka jahannam, seksa kubur dan
seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya.
Rasulullah
kemudian bersabda: “Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka
jahannam?”Jawabnya: “Ketika Allah menjadikan Jahannam, ia dinyalakan selama
1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga
1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.
“Demi
Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar
lubang jarum, seluruh peduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!“Jika
baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan
mati kerana panasnya dan jika satu pergelangannya daripada rantai yang disebut
dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah
bumi yang ketujuh.
“Neraka
jahannam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya
campuran air panas dan nanah manakala pakaian merka diperbuat daripada
potonganapi. Api neraka mempunyai tujuh pintu.“Setiap pintu itu pula mempunyai
bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan.” Rasulullah bertanya: “Apakah
pintu itu seperti pintu rumah kami?” Jawab Jibril: “Tidak, tetapi ia selalu
terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan
setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda.”
Rasulullah
bertanya: “Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?”Jawab Jibril: “Pintu yang
paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi
Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.“Pintu kedua untuk orang musyrikin
bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat
untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.
“Pintu
kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara
bernama Sa’eir. Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: “Mengapa
kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?”Jawabnya: “Dalamnya
adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat.” Rasulullah
pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala
Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
“Ya
Jibril, aku begitu sedar dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku
yang akan masuk neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada
kalangan umatmu.” Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril.
Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi
bersembahyang. Daripada hadis qudsi: “Tahukah kamu bagaimana neraka jahannam
itu?”
Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana
setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000
bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia
mempunyai 70,000 batang pokok zarqum. Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000
ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan
racun hitam. Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai
dan setiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan