Oleh ust Asri Zainul Abidin.
( Sebuah Renungan )
Muslimin muslimat yang
dimuliakan. Dalam kesempatan ini, teringat saya akan ucapan seorang tokoh
pemikir Islam daripada bumi Syam yang bernama Amir Sakip Arsalan. Sebelum
daripada dia melihat pun dan beliau memang tidak sempat melihat Rusia menyerang
Afghanistan, apatah lagi untuk melihat bagaimana bangsa Afghanistan mengalahkan
tentera Rusia; tetapi hasil daripada seorang pemikir yang mengkaji dunia Islam,
beliau memberi satu kesimpulan bahwa, "Kalaulah dunia Islam itu diibarat seperti suatu jasad, maka
sudah tentu dilihat keseluruhannya sudah pun mati. Tidak lagi mampu bergerak
melainkan sepotong urat yang masih berdenyut. Nescaya urat itu adalah bumi
Afghanistan."...Inilah pandangan yang
diberikan oleh Amir Sakip Arsalan. Dan kita mengharapkan agar umat Islam di
Afghanistan membenarkan ucapan ini.
Dalam kesempatan muqaddimah
ini, kita mengucapkan tahniah dengan rasa harga diri yang besar kepada k`jaan
Islam Taliban, yang telah mempertahankan seorang Muslim yang ditohmah oleh
kuffar. Dan dalam kesempatan ini juga, kita merakamkan penghargaan terbesar
kita kepada seluruh ulama` Pakistan, yang telah bersidang dan memutuskan
bahwasanya, "Kalau sekiranya
Amerika menyerang umat Islam Afghanistan, maka wajib kepada seluruh umat Islam
di dunia ini mengisytiharkan jihad."...Dan dalam kesempatan ini juga, kita rasa berbangga dengan
pendirian rakyat Pakistan (tidak termasuk Presidennya) walaupun sebahagian mereka hanyalah dikalangan pengembala dan
peladang yang miskin sahaja, tetapi apabila mereka ditemuramah tentang
pendirian mereka bilamana presiden mereka akan me! mberikan laluan kepada
tentera Amerika untuk menyerang Afghanistan; rakyat yang miskin ini menyatakan
bahawa, "Sesungguhnya kami
akan ‘menghirup’ darah tentera Amerika!"...Sebab apa mereka boleh keluarkan kenyataan
sedemikian?...Ini adalah kerana adanya rasa hormat, rasa `izzah dan rasa
mulianya diri mereka sebagai umat Islam; dikala seluruh umat Islam di negara
yang kononnya moden dan kaya, tiba-tiba menjadi penakut dan bacul untuk
menghadapi perancangan buruk Amerika yang ingin menghancurkan bumi Islam.
Kepada sahabat-sahabat yang
sering pergi mengaji, satu masa mereka akan sampai ke satu tahap bahwasanya
pengajian aqidah di dalam Islam ini, hendaklah kesudahannya itu mencapai apa
yang dikehendaki oleh Islam, iaitulah al Wala` uwal Bara`. Apa itu al
Wala`?...Iaitulah memberikan ketaatan, kesetiaan dan sokongan mutlak kepada
ALLAH, rasul dan orang-orang yang beriman...Dan apa itu al Bara`?...Ianya
bermaksud melepaskan diri (volunteer) untuk menentang sesiapa
sahaja yang menentang ALLAH dan rasulNya. Dan juga berlepaskan diri daripada
kaum kuffar dan golongan musyrikin...Inilah perkara yang ditanamkan oleh
Rasulullah s.a.w. di dalam aqidah. Sebab itu, kita melihat para sahabah yang
beriman dengan Nabi s.a.w. pada generasi yang awal, tahu bahawasanya mereka
mesti menunaikan konsep ini. Contohnya adalah Mus`ab bin Umair. Sepertimana
yang kita selalu menyebut ceritanya; w! alaupun dia sangat cintakan ibunya
sehinggakan bantuan yang secukup diterima dari ibunya, lalu menjadikan dia
seorang pemuda kota Mekah yang mewah; tetapi apabila dia menganut Islam, maka
mulalah ibunya bernazar untuk tidak mahu makan dan minum melainkan Mus`ab
meninggalkan Islam. Lalu kata Mus`ab kepada ibunya, "Demi ALLAH wahai ibu,
sekiranya bagi ibu itu 100 nyawa, dan nyawa itu keluar satu persatu. Aku tetap
sama sekali tidak akan meninggalkan agama Muhammad. Sekiranya ibu mahu, ibu
boleh makan dan minum. Tapi sekiranya ibu tak mahu, ibu boleh teruskan
berlapar."...Inilah al Wala` yang
diajarkan oleh Nabi s.a.w., iaitu dengan meletakkan dan mendahulukan segala
urusan ALLAH dan rasulNya s.a.w.. Sehinggakan kita lihat orang-orang Muhajirin
sanggup meninggalkan kaum keluarga mereka pergi ke kota Madinah, kemudian
kembali berperang dengan kaum keluarga mereka sendiri. Se! umpama mereka keluar
dan mengajak orang lain yang bukan daripada ahli keluarga kembali untuk memukul
abang-abang dan adik-adik di dalam keluarganya. Sebenarnya Rasulullah s.a.w.
membawa mereka keluar adalah kerana iman dan kerana mereka diusir daripada
Mekah. Kemudian di dalam Peperangan Badar, Uhud, dan demikian juga Khandak;
mereka sebenarnya terpaksa berperang dengan kaum keluarga mereka sendiri.
Terpaksa membunuh kaum keluarga sendiri adalah sesuatu perkara yang sangat
berat tuan-tuan. Tetapi mahu tidak mahu, ia mesti dilakukan bagi menunaikan
tanggungjawab iman. Sepertimana kisah yang selalu kita sebut, iaitu macamana
Abu Ubaidah al-Jarah yang apabila dia terpaksa bertempur dengan ayahnya sendiri
di dalam Peperangan Badar, sehingga akhirnya terbelah dua kepala ayahnya.
ALLAH SWT telah menurunkan
hal ini dan merakamnya di dalam Surah al-Mujaadalah:22 yang bermaksud, "Kamu tidak akan
berjumpa wahai Muhammad, dengan orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan
rasul, memberikan kecintaan kepada orang yang menentang ALLAH dan rasul.
Sekalipun para penentang itu adalah ayah-ayah mereka, anak-anak mereka, saudara
mara dan kaum kerabat mereka. Mereka itulah orang yang dituliskan oleh ALLAH di
dalam hati mereka iman. Dan diberikan roh kekuatan daripadaNya. Mereka itu
dimasukkan ke dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya..."...ALLAH SWT telah menjadikan
ini sebagai pemutus. Inilah tanda iman sehingga sanggup berkorban dengan meletakkan
wala` yang mutlak. Mereka adalah orang-orang Arab yang sanggup memerangi kaum
keluarga kerana iman dan sanggup membela orang lain semata-mata kerana iman
walaupun tidak ada hubungan kaum keluarga. Mereka me! mpertahankan orang-orang
Madinah sekalipun bukan kaum kerabat mereka, tetapi kerana mereka itu mukmin.
Sepertimana firman ALLAH yang bermaksud, "Bahawasanya orang Islam itu bersaudara."...Tetapi apa yang berlaku
pada Arab moden hari ini, amat-amat bertentangan dengan konsep yang diajar oleh
Nabi s.a.w. 1400 tahun yang lalu. Mereka sanggup membiarkan saja saudara mereka
dibunuh walaupun mereka sama-sama Arab. Dan pada masa yang sama, mereka membela
kafir Amerika, yang tidak ada sebarang hubungan dengan mereka. Sudahlah Amerika
itu kafir, malah bukan sebangsa dengan mereka pula. Tetapi oleh kerana mereka
semua telah dijadikan boneka kepada Amerika, maka mereka membenarkan apa saja
yang Amerika katakan.
Dunia ini senantiasa
memerlukan kepada suatu kuasa yang menjadi ‘tuan’ kepada dunia. Ini tabiat dunia.
Sebelum kedatangan Nabi kita Muhammad s.a.w.; Rom dan Parsi adalah 2 kuasa yang
memegang siadah (ketuanan dunia ini). Semua k`jaan-k`jaan yang
kecil ketika itu, pakat takut belaka kepada Rom dan Parsi. Para-para peniaga
kalau pergi berniaga di negara Rom, mereka akan membawa hadiah sebagai
penghormatan. Demikianlah tabiat Arab sebelum kedatangan Nabi s.a.w.. Mereka
menjadi orang yang teramat-amat takut kepada Rom dan Parsi, lalu mereka menjadi
pengampu kepada k`jaan Rom dan Parsi. Ketika ALLAH membangkitkan rasul yang
terakhir; k`jaan Rom adalah k`jaan kristian nassara (ahli kitab), manakala k`jaan Parsi
adalah k`jaan majusi yang menyembah api. Kalau ALLAH kehe! ndaki, ALLAH boleh
membangkitkan rasulNya dari kalangan bangsa Rom ataupun bangsa Parsi. Tetapi
ternyata, rasul yang akhir itu tidak dikalangan Rom dan juga tidak dikalangan
Parsi. Walaupun pada congakkan dan andaian kita; kalaulah rasul itu dari
kalangan Rom, maka ini sudah tentu memudahkan dia untuk menguasai dunia kerana
kekuasaan sudah tersedia ada. Dia hanya perlu merampas k`jaan Rom dan kemudian
menguasai dunia. Demikian jugalah kalau dia berasal daripada Parsi; tetapi
ALLAH tidak mentakdirkan sedemikian. Antara hikmahnya ialah supaya orang tidak
menuding jari nanti menyatakan, "Itulah tabiat suatu bangsa penjajah. Dulu menjajah, tapi
sekarang mengaku jadi nabi pulak."...Demikian juga kalau Nabi dibangkitkan dikalangan Parsi, bila
Nabi membuka empayarnya, maka akan keluarlah tohmahan-tohmahan seperti, "Me! manglah lagu
tu puak-puak ni. Dulu depa suka tawan orang, tapi hari ni mengaku jadi
nabi."...Jadi, sebab itulah ALLAH
mengelakkan ini semua. Dia bangkitkan kekasihNya dikalangan bangsa Arab, supaya
membuktikan bahwa kekuatan Islam ini tidak sekali-kali berpijak diatas
tumpangan orang lain, tetapi Islam membina kekuatannya sendiri.
Ketika orang Islam masih
lagi di Mekah, mereka sentiasa memerhati perkembangan politik antara Rom dan
Parsi. Antara perkara yang berlaku ketika itu ialah meletusnya peperangan
diantara k`jaan Rom dan Parsi. Orang-orang musyrikin Mekah seperti puak-puak
Abu Lahab dan Abu Jahal menyokong k`jaan Parsi kerana Majusi musyrik sama
seperti mereka. Manakala orang-orang Islam Mekah pula lebih suka kalau Rom
menang, sekali pun orang Islam tak sama macamana penyelewengan yang dibuat oleh
orang Rom terhadap agama, tetapi sekurang-kurangnya orang Rom itu adalah
golongan Nassara iaitu ahlul kitab. Jadi mereka lebih dekat kepada ajaran Islam
kalau nak dibandingkan dengan majusi. Al-Quran merakamkan hal ini di dalam
Surah ar Rum:2-4 yang bermaksud, "Telah dikalahkan Rom, pada bumi yang paling rendah (dekat
negeri Arab). Setelah mereka dikalahkan, mereka kembali akan menang. Sekitar
3-9 tahun, bagi ALLAH itu urusan yang terdahu! lu dan yang kemudiannya. Pada
hari Rom kembali mengalahkan Parsi, orang-orang Islam bergembira."...Ketika Parsi menang pada
pusingan awal, pihak musyrikin bergembira. Lalu turunlah Surah ar-Rum untuk
diberitahukan kepada musyrikin bahwa sekitar 3-9 tahun, Rom akan kembali
mengalahkan Parsi. Ternyata benar Rom berjaya mengalahkan Parsi kemudiannya.
Pada hari berkenaan, orang-orang Islam pula bergembira....Kenapa pula orang
Islam gembira, sedangkan Rom juga merupakan kuasa yang akhirnya ditumpaskan
oleh tentera Islam?...Ini adalah kerana mereka (Rom) lebih hampir kepada Islam
dan lebih baik nak dibandingkan dengan majusi. Sepertimana juga kita
orang-orang Islam yang bergembira dengan apa yang berlaku di Amerika pada hari
ini. Jadi, ini menunjukkan bukan kita yang mengebomnya, seperti ucapan Osama, "Bahawasanya tahniah
kepada yang mengebom!"...Ini menunjukkan bukanlah dia
yang mengebomnya, tapi itu adalah perasaan gembira kita sebagai satu pengajaran
kepada kuasa jahat ini. Bila berlaku percaturan seperti ini, orang Islam jangan
bercakap tak tentu punca.
Akhirnya Islam berkembang menjadi agama yang kuat. Cuba kita imbas
kembali pada hari Nabi s.a.w. berhijrah, ketika itu Nabi s.a.w. dikejar oleh
Surakah bin Malek. Bilamana ALLAH mentakdirkan tenggelamnya kaki kuda Surakah
ke dalam tanah, maka Surakah yang kafir ketika itu pun mempercayai bahwa Nabi
ini mungkin akan ditolong oleh Tuhannya. Lalu dia meminta supaya Nabi s.a.w.
memberi jaminan bahawasanya apabila Nabi s.a.w. berkuasa nanti, Nabi s.a.w.
tidak akan menzoliminya. Lalu Nabi s.a.w. menjanjikan kepada Surakah bahwasanya
baginda akan menghadiahkan kepada Surakah gelang maharaja Parsi. Maka hairanlah
Surakah bila mendengar kenyataan daripada Nabi s.a.w. itu; sedangkan Nabi
s.a.w. ketika itu sedang dalam keadaan pelarian bagi memohon ihsan simpati
daripada orang Yathrib, yang belum pun mempunyai apa-apa k`jaan; tiba-tiba
menjanjikan akan menghadiahkan gelang maharaja Parsi yang kuat itu?...Inilah
dia isyarat menandakan bahwa kekuasaan Islam ini akan menjatuhkan Parsi. L! alu
Surakah bertanya sekali lagi membuat kepastian daripada Nabi s.a.w., lalu Nabi
s.a.w. mengatakan, "Ya!.."...Umpamanya kalaulah hari
ini tuan-tuan, kita janjikan pada satu orang bahwa akan diberikan kepadanya
penginapan percuma 50 hari di White House; sedangkan yang menjanjikan itu
adalah kita orang Islam kampung sahaja. Begitulah perumpamaannya yang nak
dikaitkan dengan janji Nabi s.a.w. ketika itu kepada Surakah.
Bila Nabi s.a.w. sampai ke
kota Madinah, maka Islam pun memerintah kota Madinah. Kemudian Islam melakukan
pembukaan kota Mekah. Sesiapa yang membaca Surah at-Taubah, dia akan melihat
bagaimana ALLAH mengisytiharkan bahwa ‘berlepas diri’ ALLAH dan rasul daripada
kaum musyrikin. Pada saat itulah, tidak dibenarkan lagi golongan musyrikin
untuk duduk di jazirah Arab lagi. Jadi, mana mungkin hari ini, Saudi boleh
membenarkan tentera Amerika mendarat?...Nabi s.a.w. telah mengisytiharkan
keluarnya orang-orang musyrikin itu pada tahun diturunnya Surah at-Taubah dan
pada tahun Saiyyidina Abu Bakar menjadi kepala kepada ibadah haji, lalu
Saiyyidina Ali k.w. membaca surah berkenaan yang bermaksud, "Tidak akan berhimpun 2
agama dalam jazirah Arab..."...Maka hendaklah dikeluarkan golongan musyrikin dan dikeluarkan
kuffar daripada jazirah Arab. Haram bagi orang-orang kafir b! agi memasuki
jazirah Arab. Mereka tidak boleh lagi tawaf seperti sebelum daripada ini kerana
Islam telah menguasai sepenuhnya jazirah Arab.
Kemudian Rasulullah s.a.w.
wafat. Ketika baginda sedang bersiap untuk menghantar tentera Usamah ke
sempadan, ternyata baginda wafat sebelum tentera Usamah dapat memerangi kuasa
luar. Lalu tentera Usamah kembali semula kerana mendapat berita Rasulullah
s.a.w. wafat. Maka orang-orang Islam berhimpun untuk mencari siapakah yang akan
menggantikan Nabi s.a.w.. Akhirnya mereka bersepakat, Saiyyidina Abu Bakar
as-Siddiqlah yang layak naik menggalang-ganti Nabi s.a.w.. Ketika Saiyyidina
Abu Bakar naik, masa itulah diantara perkara yang pelik ialah ramai yang telah
murtad. Namun begitu, dalam persiapan nak memerangi golongan murtad tadi,
Saiyyidina Abu Bakar r.a. sempat meneruskan penghantaraan tentera Usamah ke
sempadan. Lalu ada sahabat yang membangkangnya kerana memandangkan keadaan
negara kurang stabil. Namun Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq tetap teruskan juga
penghantaraan tersebut sambil berkata, "Demi ALLAH, sekal! ipun isteri-isteri Nabi itu digigit oleh
anjing-anjing Madinah, aku tidak akan mungkin dapat menahan suatu tentera yang
Rasulullah pada hayatnya berhasrat untuk menghantarnya."...Apabila melihat tentera
Usamah bergerak, ini membuatkan orang-orang yang nak murtad menjadi takut.
Mereka merasakan sesungguhnya walaupun Rasulullah s.a.w. telah wafat, ternyata
k`jaan Saiyyidina Abu Bakar masih kuat. Kalau tidak mana mungkin beliau mampu
menghantar tentera Usamah ke sempadan. Maka yang nak murtad, tidak jadi murtad.
Lalu Saiyyidina Abu Bakar r.a. pun terus memerintah; tapi umur pemerintahannya
pendek sahaja, yakni hanya sekitar 2 tahun sahaja. Apabila Saiyyidina Abu Bakar
r.a. wafat, ternyata k`jaan Parsi belum lagi jatuh. Kemudian ALLAH telah memberikan
pula kekuatan kepada kepimpinan Saiyyidina Umar ibnul Khatab r.a.. untuk
memerintah dengan begitu adil selama 10 tahun. Dalam pemerintah Amirul Mukminin
inilah, Parsi dan Rom jatuh. ! Lalu panglima-panglima Islam dengan gagah berani
pergi berjumpa dengan maharaja-maharaja Rom dan Parsi, dengan ucapan-ucapan
yang gilang gemilang. Antaranya ucapan yang masyhur ialah ucapan daripada
Rubb`i bin Amir apabila ditanya tujuan kedatangan tentera Islam; dia menyatakan
dengan jelas, "ALLAH lah yang telah
membangkitkan kami. ALLAH lah yang mengutuskan kami supaya kami mengeluarkan
sesiapa yang ALLAH mahu dikalangan hamba-hambaNya, daripada mengabdikan diri
sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada ALLAH. Dan daripada
kekejaman-kekejaman agama, kepada keadilan Islam."...Sebab itu Islam memerangi
k`jaan Rom dan Parsi. Ketika orang Islam melihat menara k`jaan Parsi dan Rom
jatuh, lalu mereka bertakbir, "ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!.!
..benarlah apa yang ALLAH dan rasul janjikan selama ini."...Antara yang dirampas
ialah gelang maharaja Parsi dan dibawa ke k`jaan Madinah. Lalu Saiyyidina Umar
r.a. mengambil gelang itu dan menjemput Surakah yang pernah dijanjikan oleh
Nabi s.a.w. dalam hayatnya; kemudian Saiyyidina Umar memberikan gelang itu
kepada Surakah yang pada hari itu telah pun Islam dengan menyatakan, "Inilah janji Nabi
kami kepada mu.".
Demikianlah Islam yang
gilang gemilang. Yang menguasai dunia dengan begitu adil. Semasa Islam masuk ke
Syam, Islam tidak menzolimi sekalipun orang-orang kristian. Sebelum Islam masuk
ke Syam, ketika itu kristian Khatolik yang menguasai kristian pusat, menindas
kristian orthodok di Syam. Apabila tentera Abu Ubaidah al-Jarrah pergi ke sana,
dia berdakwah kepada orang-orang Syam supaya menganuti Islam, tetapi mereka menolak.
Kemudian Abu Ubaidah mengenakan kepada mereka jizyah menurut peraturan Islam,
lalu mereka menerimanya. Kalau mereka menolak juga, mereka akan diperangi; maka
mereka menerimanya. Tapi apabila pihak Islam menerima berita bahawasanya Rom
sedang menyediakan bala tentera yang besar untuk memerangi tentera Islam, maka
tentera Islam mengembalikan jizyah kepada rakyat kristian Syam kerana bimbang
tidak dapat menunaikan tanggungjawab mempertahankan rakyat. Tetapi apabila
peperangan meletus, ternyata tentera Islam berjaya mengalahkan Rom. Lalu
tentera Islam kembali ! ke Syam, dan didapati rakyat Syam keluar menyambut
mereka bukan bertujuan untuk mengembalikan jizyah, tapi keluar untuk mengucap
syahadah ‘LAILAHAILLALLAH’. Ini adalah kerana mereka telah melihat adilnya
pemerintahan Islam, adilnya tentera Islam dan keadilan pada hari Islam
berkuasa.
Tahukah tuan-tuan, ajaran
yahudi tidak dapat berkembang sepanjang sejarahnya melainkan di bawah
pemerintahan Islam di bawah k`jaan Baghdad?...Begitulah halnya juga dengan
ajaran kristian; mereka juga tidak dapat berkembang melainkan diberi peluang
oleh k`jaan Islam. Ini bermakna seluruh orang-orang kafir pada zaman dahulu
yang hidup di bawah pemerintahan Islam, mereka menikmati kehidupan yang selamat
kerana Islam tidak menzolimi ahli zimmah. Kita lihat apabila Islam masuk
Andalus, dan walaupun Islam menguasai Andalus, terdapat satu gereja yang sangat
besar di tengah-tengah kota Andalus sehingga ke hari ini masih ada, tapi Islam
tidak merobohkannya. Islam membenarkan orang kristian hidup di Andalus
Sepanyol. Tetapi apabila kristian menawan kembali Andalus, kristian memburu
semua keluarga Islam dan membunuhnya.
Kemudian kita lihat pula
perkembangan di Indonesia, dimana Islam memang ramai di sana. Walaupun ada juga
orang kristian dan ada juga gereja di sana, tapi orang Islam tidak membunuh pun
orang kristian. Tetapi apabila orang kristian bertambah sedikit di Ambon,
mereka membunuh orang Islam sewenang-wenangnya. Begitu juga orang kristian yang
berada di tengah Eropah seperti di Bosnia dan Kosovo, mereka membunuh golongan
minoriti Islam di sana. Tapi apa yang kita tengok di negara orang Islam, tidak
berlaku pun keadaan sebaliknya. Sebab ini adalah budaya Islam. Kerana dengan
kekuatan Islam sejak Islam dahulu lagi sehingga menjadi tuan kepada dunia ini,
Islam tidak pernah menzolimi sesiapa. Tetapi apabila pusingan Islam dirampas
kerana hasil daripada kepala-kepala k`jaan-k`jaan umat Islam yang telah menjadi
boneka barat, maka barat kembali menjadi kuat.
Sekarang kita lihat macamana
Amerika berkuasa. Dengan kuasa yang dia ada, dia mengenakan tekanan dan
kezoliman kepada dunia ini den! gan 2 cara. Yang pertama ialah tekanan dari
sudut ketenteraan, dan yang kedua ialah tekanan dari sudut ekonomi. Contohnya
kita lihat apa yang dilakukannya di Iraq; telah dilaporkan bahwa lebih daripada
600k kanak-kanak Iraq mati kelaparan. Dia juga turut menzolimi orang Islam di
Palestin dengan tidak kurang daripada USD5billion setahun, bagi membantu k`jaan
yahudi Israel. Dialah yang menggunakan kuasa veto untuk mematikan semua agenda
yang menentang Israel. Sebab itu, saban hari orang Islam dibunuh di Palestin.
Merekalah juga memainkan peranan agar orang Islam dibunuh di Ambon. Dan
merekalah juga yang membiarkan agar India menjadi begitu kuat dengan menekan
Pakistan termasuk negara di persekitarannya, sehingga India boleh membunuh
dengan sewenang-wenangnya orang-orang Islam di Kashmir. Merekalah juga yang
membuka pengkalan sejak lama dulu di Filipina, dan dengan bantuan merekalah,
tentera Filipina membunuh saban hari umat Islam di selatan Filipina. Dan kita
tahu bahwa kekuatan! mereka adalah bertempat di dua tempat ini. Iaitu kekuatan
ketenteraan yang berpusat di Pentagon, dan kekuatan kewangan bertempat di 2
bangunan yang diletupkan itu. Inilah kekuatan mereka.
Dan setelah sekian lama
mereka menjadi polis dunia dan sudah sekelian lama mereka menzolimi orang
Islam, sehinggakan tidak ada berita tentang pembunuhan melainkan membabitkan
orang Islam. Sebelum kejadian ini pun, semua gerakan pengganas, mereka tudingkan
jari kepada orang Islam. Mereka kata Afghanistan itu pengganas, tetapi mereka
tidak mengatakan bahwa Rusia yang memasuki negara Afghanistan yang sekian lama
itu sebagai pengganas. Mereka mengatakan Osama bin Laden itu pengganas, tetapi
tidak mengatakan kristian di Bosnia dan di Kosovo itu sebagai pengganas. Mereka
main tuduh saja orang Islam serata dunia sebagai pengganas. Kita tengok saja
bilamana berlakunya orang Islam Indonesia dibunuh di tanahair mereka; maka
apabila ada pasukan jihad Indonesia yang bergerak bersama tentera Indonesia
untuk menolong saudara-saudara Islam, maka tentera Indonesia yang dipengaruhi
perasaan takut akan kristian sedunia, telah menghalang tentera jihad dan
mengambil tindakan menahan orang Isla! m yang nak membantu orang Islam di
Ambon...Siapa di belakang kristian sedunia itu tuan-tuan?...Siapa lagi kalau
bukan Amerika.
Apabila umat Islam di
Palestin dibunuh saban hari, kita dapati hati nurani umat Islam seluruh dunia
kebanyakkannya masih lagi cintakan jihad. Contohnya kita lihat orang Islam di
Jordan dan di Mesir; kesemuanya mereka mahu berjihad. Kalau k`jaan mereka buka
sempadan, InsyaALLAH, mereka mahu keluar ke medan jihad. Tetapi tentera Mesir
yang di belakangnya Amerika dan juga k`jaan Jordan yang dibelakangnya juga Amerika;
mereka menjaga ketat sepanjang sempadan sehingga sukar untuk rakyat mereka
pergi berjihad. Sesungguhnya jiwa untuk mempertahankan maruah dan harga diri
orang Islam masih kuat. Ini terbukti apabila k`jaan-k`jaan umat Islam tidak
mengambil kira atau mengizinkan orang Islam pergi ke Afghanistan pada hari
Afghanistan berperang dengan Rusia; kita hendaklah tahu bahwa rakyat Saudi
sahaja yang syahid di Afghanistan adalah lebih daripada 1500 orang. Dari sini
kita boleh tengok walaupun orang-orang Saudi kaya raya dan walaupun k`jaannya
itu ‘sami` na wa ato`na’ kepada Ame! rika, tetapi hati nurani rakyat tetap
bersama dengan umat. Sehingga hari ini di Chechnya, bukan orang Chechen sahaja
yang berperang, bahkan banyak orang-orang Arab menuju ke sempadan dan membantu
Chechen untuk berperang.
Kita tak nafikan bahwa
memang banyak orang-orang kaya yang telah memberi wang ringgit mereka untuk
menolong jihad orang Islam di seluruh dunia. Sehinggakan akhbar kita bising
kononnya Osama lah pengganas yang membantu tentera yang menentang k`jaan
Filipina di selatan Filipina. Orang Islam pulak dituduh pengganas. Tapi bila
tentera k`jaan Filipina yang menembak orang Islam dalam salah sebuah masjid
sehingga terbunuh semua orang yang bersembahyang, tidak pula keluar apa-apa kenyataan.
Tentera k`jaan Filipina dengan begitu biadap menahan kesemua pemuda dan
menembak mereka, lalu mencampakkan mayat-mayat ke dalam laut; tapi
akhbar-akhbar kita turut juga sunyi sepi. Tetapi bila Osama yang kononnya
pernah memberi wang kepada mujahidin di selatan Filipina, dia pula dikatakan
pengganas membantu pengganas. Inilah percaturan dan kerja jahat kuasa Amerika.
Sungguh mendukacitakan bila kita lihat Yasser Arafat antara orang yang awal
menderma darah bagi mangsa WTC. Dia boleh relax pergi t! idur derma darah,
sedangkan rakyatnya saban hari memerlukan darahnya tapi dia tak pernah derma.
Dan yang paling dajjalnya, ada pula ulama` yang menfatwakan supaya kita
banyak-banyak menderma darah untuk Amerika. InsyaALLAH, setitik pun jangan
harap aku nak bagi kerana dunia Islam lebih memerlukannya daripada kafir
Amerika laknatullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan